Pelakon Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Dah Selamat Bertunang, Tahniah!

Pelakon Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Selamat Bertunang, Tahniah! Satu berita gembira buat peminat Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson apabila mereka berdua selamat bertunang hari ini.Pelakon Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Selamat Bertunang, Tahniah!Berita pertunangan mereka diumumkan oleh pelakon popular Aiman Hakim Ridza menerusi laman Instagram miliknya dalam sejam yang lepas.

Aiman memuat naik sekeping gambar dirinya bersama dengan Zahirah Macwilson berserta dengan caption berbunyi.

“Engaged Alhamdullilah syukur ❤ #zahirAH,” katanya.

Pelakon Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Selamat Bertunang, Tahniah!

Menjengah ke ruang komen entri terbabit, ramai warganet serta rakan artis mengucapkan tahniah buat mereka berdua, antaranya Sean Lee, Sharifah Sakinah, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.

Difahamkan, kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Pelakon Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson Selamat Bertunang, Tahniah!

Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tahniah diucapkan buat keduanya dan semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin. Pasti yang ramai tak sabar nak tengok perkahwinan mereka pulak kan.

Sumber: IG aimanhakimridza

Facebook Comments