Bagi sesiapa yang menggunakan kereta mesti ada masanya anda akan ke car wash untuk mencuci kereta anda bukan? Mesti pelbagai ragam manusia yang boleh anda lihat di tempat car wash yang adakalanya terdiri daripada pekerja asing.
Seorang netizen berkongsikan pengalamannya bagaimana seorang bapa kepada 3 anak dengan angkuh memarahi pekerja car wash atas alasan yang sangat remeh.
Manusia jahil dan jahat berbagai ragam. Ahad lepas 3 Januari 2021 saya bersama 2 anak pergi basuh kereta di kedai basuh kereta bekas murid dewasa saya di Selayang Segar.
Ketika kereta hampir siap, ada seorang pelanggan muda bising-bising tak mahu bayar harga kereta yang dibasuh. Si pelanggan muda dalam lingkungan usia awal 30an bersama 3 anaknya yang masih kecil.
Orangnya nampak kurang adab kerana semasa menunggu dia berterusan menghisap vape tanpa mempedulikan anak2nya yang kecil dan pelanggan lain. Antara dialognya yang saya masih ingat:
“Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!”
Pekerja Bangla cuba membela diri dan bercakap elok2 dengannya menyatakan mereka dah jelaskan pada pelanggan tentang basuhan luar dan dalam. Apa jawapannya sambil menunjukkan tapak kakinya pada pekerja Bangla?:
“Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh kau besar kepala ye mentang2 ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!”
Saya tak tunggu lama, selepas selesai kereta saya dicuci saya terus balik. Di rumah saya terfikir cara nak bantu pekerja Bangla itu daripada terus dianiaya. Boss mereka (bekas murid saya) pernah menceritakan bagaimana mereka selalu dibuli sesetengah pelanggan yang nakal dan JAHAT.
Ada yang mendakwa duit ratusan ringgit yang disimpan dalam kereta habis dikebas pekerja Bangla, lalu mereka diugut dengan senjata agar membayar. Akibatnya! Pekerja Bangla ini terpaksa membayar bimbang diugut samseng dan sebagainya.
Semalam (6 Januari 2021) saya singgah lagi di kedai ini membasuh kereta dan mencadangkan agar boss mereka menyediakan BORANG KHAS (lampiran gambar) untuk semua pelanggan agar para pekerja Banglanya tak lagi dianiaya.
Pagi ini, boss mereka hubungi saya dan menceritakan kesudahan kisah si pelanggan tempohari. Bila boss mereka datang berunding, si pelanggan tetap enggan membayar (RM 7 sahaja) dan enggan beredar. Apa tuntutannya?
“DIA MAHU PEKERJA BANGLA YANG DIDAKWA BIADAB ITU SUJUD DAN MEMINTA MAAF!!”
Inna Lillah! Betapa angkuhnya pelanggan ini. Akhirnya boss mereka terpaksa memanggil Polis menghalau si pelanggan. Dia beredar tanpa membayar satu sen pun.
Semoga Allah beri hidayah kepada si pelanggan yang angkuh dan bantu para pekerja Bangla yang datang berkerja mencari rezeki halal di negara kita. – Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim (7 Januari 2021)
Perkongsian tertersut menjadi tular dan rata-rata netizen tidak senang dengan sikap dan perangai pelanggan yang disifatkan sangat angkuh dan biadap itu.