Pemandu Grab Terperanjat Penumpang Mat Saleh Yang Diambilnya Tiba-tiba Menyanyi Lagu Melayu

Pemandu Grab Terperanjat Penumpang Mat Saleh Yang Diambilnya Tiba-tiba Menyanyi Lagu Melayu.  ” Guyss. Hari ni aku bawak seorang foreigner, dia kata pandai nyanyi lagu melayu. Sekali nyanyi lancar pulakkk.. boleh tahan baii”Pemandu Grab Terperanjat Penumpang Mat Saleh Yang Diambilnya Tiba-tiba Menyanyi Lagu Melayu - nangtime.com

Demikian perkongsian seorang lelaki yang juga pemandu Grab tentang pengalaman penumpang warga Eropah yang berkebolehan menyanyi lagu bahasa Melayu.

“ Sewaktu sedang berbual, dia beritahu ada menghafal lagu Melayu, terus saya rakam sebab nak dengar sekali.

“ Tidak sangka pula, sedap juga suara dia menyanyikan lagu Tiada Lagi,” kata pemandu e-hailing, Muhammad Ismail Samuri.

Video rakaman seorang penumpang warga asing menyanyikan lagu nyanyian asal Mayangsari dan dipopularkan semula Amy Search itu dimuat naik Muhammad Ismail melalui akaun Twitter Ismail_samuri mulai tular dan mendapat lebih 18,300 ulang kicau dari warganet.

Pemandu Grab Terperanjat Penumpang Mat Saleh Yang Diambilnya Tiba-tiba Menyanyi Lagu Melayu - nangtime.com

“ Hari itu, saya dapat panggilan untuk mengambil penumpang dari Ampang ke KLCC. Saya memang suka berbual dengan penumpang apabila memandu.

“ Perbualan awal kami mengenai tujuan dia mahu ke KLCC, kemudian dia tanya pasal perkhidmatan e-hailing sehinggalah saya buka soalan sama ada pandai berbahasa Melayu atau tidak dan dia beritahu boleh sikit-sikit,” katanya.

Muhammad Ismail berkata, lelaki warga asing itu memperkenalkan diri sebagai Chris Jacob, 29, berasal dari Romania.

Katanya, Chris sangat meminati bidang nyanyian dan bercita-cita mahu menjadi komposer, namun tidak kesampaian.

“ Dia memberitahu kerjaya asalnya adalah penyanyi tapi kerana persaingan sengit, agak sukar mendapat tempat dan sekarang dia kembali berlatih untuk kembali mengejar cita-citanya itu.

Pemandu Grab Terperanjat Penumpang Mat Saleh Yang Diambilnya Tiba-tiba Menyanyi Lagu Melayu - nangtime.com

“ Tidak sangka, selepas beberapa hari video dan perkongsian saya di Twitter mendapat perhatian warganet, dia kembali mencari saya dan kami kini menjadi kawan,” katanya.

Malah, Chris juga difahamkan sudah mula menghafal beberapa lagu Melayu lain atas sokongan Muhammad Ismail.

Sementara itu Chris dilihat turut memberi respon beliau di ruangan komen dengan mengatakan beliau terkejut dengan video tersebut menjadi viral di kalangan warganet Malaysia.

” Bro, nyanyian saya agak teruk dalam video ini. Kamu merakam sewaktu saya sedang leka, hahaha. Tapi saya gembira kerana ramai yang suka (nyanyian).

” Terima kasih kerana menjadikan video ini viral. Ada lagi lagu Melayu yang akan saya nyanyikan. Tolong beri cadangan lagu Melayu yang popular untuk saya belajar!”, tulis Chris.

Komen Chris itu turut mendapat reaksi positif di kalangan netizen yang memberi beberapa cadangan lagu apa yang sesuai beliau nyanyikan.

VIDEO:

p/s: Rasa bangga apabila orang luar pun suka nyanyi lagu-lagu kita. Muzik itu kan universal, siapa-siapa pun boleh suka kan.

 

Facebook Comments Box