Pemilik Dan Pekerja Restoran Ditahan Bersama 5 Pelanggan Yang Sedang Makan Di Premis

KLANG: Pemilik dan pekerja bahagian dapur sebuah restoran di Lintang Batu 3, dekat sini ditahan bersama lima pelanggan dalam satu serbuan tengah hari, semalam.nangtime.com -  Pemilik Dan Pekerja Restoran Ditahan Bersama 5 Pelanggan Yang Sedang Makan Di Premis

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dalam serbuan pada jam 1.30 petang itu, pemilik restoran berkenaan ditahan kerana beroperasi dan membenarkan pelanggan makan dalam premis itu.

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara membuat serbuan dan mendapati seramai lima orang pelanggan sedang duduk di dalam restoran dengan makanan dan minuman di atas meja.

“Kesemua pelanggan berkenaan kemudian ditahan bersama dengan pemilik restoran dan seorang pekerja di bahagian dapur,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan adalah lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula hari hingga 7 April ini dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 7(1) PPPPB (Langkah-langkah Di Bawah Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 bagi pelanggan dan Peraturan 7(2) PPPPB bagi pengusaha dan pekerja restoran.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Nurulhuda memaklumkan empat lelaki berusia 20 hingga 30-an ditahan kerana disyaki mengalihkan halangan batu yang diletakkan di Jalan Paip dari Bukit Cerakah ke Persiaran Mokhtar Dahari.

“Dalam kejadian pada jam 4.30 petang tadi, polis dari IPD Klang Utara membuat rondaan dan mendapati batu halangan jalan itu dialihkan. Susulan itu, polis menahan empat lelaki yang berada berdekatan lokasi berkenaan dan mereka mengaku mengalihkan batu itu.

“Jalan berkenaan ditutup sejak 1 April lalu bagi mengurangkan pergerakan orang ramai ketika perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa kedua dan alasan yang diberikan mereka adalah tidak mahu membuat pusingan U,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 APPPPB 1998.

Kredit: Berita Harian

Facebook Comments Box