Pemuda Terkejut Pesanan Foodpandanya Dihantar Rider Yang Kudung Kedua Tangan

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda Cina berasa kagum melihat kecekalan penghantar makanan Foodpanda yang kudung kedua tangan ketika melakukan perkhidmatan penghantaran.nangtime.com - Pemuda Terkejut Pesanan Foodpandanya Dihantar Rider Yang Kudung Kedua TanganEdmund Gan berkongsi perkara itu di Facebook miliknya sebelum tular di laman sosial.

Menerusi coretannya, beliau telah memesan minuman melalui aplikasi dalam talian tersebut sebelum kemudian dihantar pekerja Foodpanda dikenali Syahrain Razali.

“Sebaik tiba minuman di rumah, saya meminta ‘rider’ sangkut minuman itu di pagar kerana mahu jarak sosial semasa wabak koronavirus (Covid-19).

“Bagaimanapun, lelaki (rider) itu meminta pertolongan saya untuk mengambil minuman kerana dia tak boleh lakukan.

nangtime.com - Pemuda Terkejut Pesanan Foodpandanya Dihantar Rider Yang Kudung Kedua Tangan

“Saya agak pelik tapi tetap lakukannya seperti mana dia suruh namun terkejut apabila melihat dia mengalami kecacatan pada kedua belah tangannya,” kata Edmund.

Jelasnya, kali pertama melihat keadaan fizikal Syahrain, beliau kaku dan kagum dan terfikir bagaimana lelaki berkenaan boleh menunggang motosikal dalam keadaannya begitu.

“Dia sangat optimis. Saya cukup kagum atas kesungguhannya mencari rezeki walaupun mengalami kecacatan fizikal akibat kemalangan sewaktu kecil,” katanya.

nangtime.com - Pemuda Terkejut Pesanan Foodpandanya Dihantar Rider Yang Kudung Kedua Tangan

Hantaran Edmund mencecah lebih 8,500 tanda suka dan menerima ratusan komen daripada netizen.

“Perkongsian yang menarik, harap lebih banyak positif aura disebarkan ketika ini,” tulis Lim Shun.

Kata Cindy, “Kagum bila melihat orang kurang upaya cari rezeki tanpa minta bantuan. Terus berkhidmat rider.”

 

Facebook Comments Box