Kemunculan awan aneh yang seakan gelang bercahaya di langit telah menggemparkan para penduduk di Haikou, selatan Hainan, China baru-baru ini.
Keadaan itu menyebabkan para penduduk kehairanan dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Fenomena awan itu dilihat membentuk gelang cahaya yang berwarna warni campuran pelbagai warna termasuk biru, oren, ungu, kuning dan hijau itu kelihatan tergantung rendah di kaki langit.
Satu video yang merakam fenomena awan berkenaan sehingga kini telah mencecah lebih 28 juta tontonan. Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja mahu mengetahui apakah sebenarnya fenomena awan tersebut dan tak kurang juga yang mengatakan awan itu kelihatan amat menarik dan memukau.
“Ini merupakan beberapa imej yang sangat menarik,” kata Mathew Box yang merupakan Pakar Meteorologi Operasi.
Mathew Box kemudian menjelaskan bahawa fenomena awan itu sebenarnya merupakan satu fenomena yang dipanggil pembentukan awan pileus. Fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari dipancar daripada sudut yang lebih rendah mengenai awan yang terdiri daripada kristal ais. Susulan itu, pembiasan cahaya itu akan menampakkan fenomena seakan pelangi.
Awan Pileus ini biasanya hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan ianya akan diserap oleh awan yang muncul di bawahnya melalui proses perolakan.
Rainbow colored scarf cloud over Haikou city in China pic.twitter.com/ewKmQjsiIE
— Sunlit Rain (@Earthlings10m) August 26, 2022
Tambah Mathew Box lagi, fenomena itu adalah biasa berlaku cuma cahaya yang dihasilkan oleh awan Pileus selalunya tidaklah secerah cahaya yang dirakam berlaku di China itu.
Sumber: Daily Mail