Penduduk Gusar Ratusan Burung Pipit Mati Secara Tiba-tiba Selepas Jatuh Dari Pokok

Penduduk dikejutkan dengan kejadian Beratus-ratus burung pipit ditemui mati secara misteri selepas jatuh dari pokok di Cirebon, Indonesia. Kejadian itu telah menimbulkan seribu persoalan dikalangan penduduk setempat.Penduduk Gusar Ratusan Burung Pipit Mati Secara Tiba-tiba Selepas Jatuh Dari Pokok - nangtime.com

Bangkai-bangkai burung ditemui berselerakan di sekitar pohon di bahagian depan hingga belakang Dewan Bandaraya Cirebon. Beberapa burung yang masih hidup selepas jatuh dari pokok juga ditemui tetapi dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya.

Menurut seorang petugas kebersihan, burung-burung tersebut dilihat terbang seketika namun kembali hinggap ke tanah tak lama kemudian. Sehingga kini, misteri kematian mendadak burung-burung pipit ini masih menjadi tanda tanya.

Pegawai Pemerintah Wilayah Cirebon, Prasojo Raharjo Utomo mengaku terkejut dengan fenomena ini setelah melihat ‘pemandangan’ ratusan bangkai burung berserakan di Dewan Bandaraya tersebut.Penduduk Gusar Ratusan Burung Pipit Mati Secara Tiba-tiba Selepas Jatuh Dari Pokok - nangtime.com

“Burung-burung ini memang menghuni pepohonan di sekitar dewan, tapi sebelum ni tiada apa-apa masalah,” katanya, memetik laporan Tribunnews.

Sampel air liur beberapa burung yang mati telah diambil Kementerian Perhutanan, Kelautan dan Perikanan (DPPKP) Cirebon dan kini dalam proses penelitian.

“Selama bertugas, baru pertama kali fenomena ini terjadi dan kami juga belum tahu penyebabnya,” kata Tri Angka, pegawai veterinar yang bertugas di DPPKP setempat.

Tambahnnya, penilitian lanjut perlu dijalankan untuk menangani fenomena misteri ini dan mengelakkan kejadian serupa berulang di masa akan datang.

VIDEO:

Berdasarkan laporan Tribunnews, punca yang menyebabkan burung-burung ini mati secara tiba-tiba adalah kerana perubahan iklim yang ekstrem dalam waktu yang singkat. Burung-burung ini juga berada dalam keadaan basah ketika ditemui.

Sumber: Siakap Keli

Facebook Comments Box