NANGTIME

Penemuan Pasir Biru Berkilauan Di Gurun Sahara, Dipercayai Di Kawasan Belum Pernah Diterokai Manusia

Bagi yang belum tahu, Gurun Sahara merupakan gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi). Perkataan Sahara dalam bahasa Arab membawa maksud padang pasir.Penemuan Pasir Biru Berkilauan Di Gurun Sahara, Dipercayai Di Kawasan Belum Pernah Diterokai Manusia

Baru-baru ini satu penemuan menakjubkan di Gurun Sahara telah didedahkan hingga mendapat perhatian orang ramai iaitu mengenai sebuah kawasan yang berkilauan dengan warna biru.

Penemuan terbaru ini dibuat menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps dimana mereka telah menemui satu kawasan anehdi gurun sahara dan kawasan tersebut dipercayai masih belum pernah lagi diteroka oleh manusia secara fizikal.

Kawasan berwarna biru tersebut diberi nama Blue Upside Nike kerana berbentuk muncung terbalik dan menampilkan warna biru berkilauan.

Kawasan pelik itu sebenarnya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menaiki penerbangan ke rantau itu menggunakan laluan Aeroport Regional De Reggane yang terletak kira-kira satu kilometer(km) dari tapak penemuan tersebut.

Menurut pengguna Reddit yang menemui kawasan itu, OutOfBounds_Matrix, dia menyifatkannya sebagai hamparan nilam bercahaya biru yang indah.

Pemandangan normal di gurun

“Grid di sekelilingnya kelihatan seperti buatan manusia, terbentang lebih daripada 75km dari utara ke selatan dan 200 meter di antara setiap garisan grid,” – ujarnya.

Facebook Comments Box

Exit mobile version