Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara-gara Menteri Kesihatan Tidak Mahu Datang

Hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya, Mata Najwa, semalam.nangtime.com - Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara-gara Menteri Kesihatan Tidak Mahu Datang

Difahamkan, tindakan Najwa dan penerbitan itu dibuat selepas Terawan didakwa sudah beberapa kali enggan menerima jemputan menjadi tetamu program itu bagi menjawab isu penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara itu.

Menerusi video yang dimuat naik di YouTube Najwa Shihab, Najwa tetap bertanyakan beberapa soalan kepada kerusi itu yang menggantikan Terawan.

Malah, terdapat satu soalan yang mana Najwa secara sinis meminta Terawan meletakkan jawatan.

“Pak Terawan ada banyak menteri kesihatan di dunia yang berundur (letak jawatan) kerana penanganan wabak Covid-19 seperti Menteri Kesihatan New Zealand, Brazail, Chile, Pakistan dan banyak lagi. Pertanyaan saya, apakah penanganan kita lebih baik dari negara yang menteri yang mundur itu?

nangtime.com - Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara-gara Menteri Kesihatan Tidak Mahu Datang

“Yang jelas bukan sahaja desakan kepada Presiden, tetapi rakyat antaranya melalui petisyen meminta kebesaran hati anda untuk mundur saja. Siap mundur Pak? Atau bagaimana anda boleh menyakinkan rakyat yang anda masih boleh menjalankan atau menduduki posisi yang berat ini?” soalnya.

Najwa juga berharap, Terawan dapat muncul pada program itu bagi menjelas dan memberikan gambaran sebenar situasi wabak Covid-19 di negara itu.

nangtime.com - Pengacara Terkenal Bercakap Dengan Kerusi Gara-gara Menteri Kesihatan Tidak Mahu Datang

“Ini sebahagian pertanyaan yang bukan hanya datang dari saya, tapi juga dikumpulkan daripada masyarakat untuk anda. Kami tahu takkan ada yang boleh menyelesaikan persoalan pandemik ini sendirian, tapi kami berharap anda setidaknya bersedia untuk memberi gambaran.

“Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto, waktu dan tempat dipersilakan,” katanya.

Video yang turut dikongsikan di Instagram itu sudah mencecah lebih 3 juta tontonan dan mendapat lebih 12,000 komen.

Terdahulu, Najwa menerusi video di IG yang dimuat naik tiga hari lalu menjemput secara terbuka Terawan hadir pada program itu.

Jemputan terbuka itu dibuat selepas Najwa mendakwa hampir setiap minggu sejak enam bulan lalu menjemput Terawan.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box