Hari perkahwinan kebiasaannya menjadi hari yang terindah buat pengantin yang berkahwin dan sudah semestinya pasangan pengantin akan mahukan majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa masalah berlaku.
Namun, tidak semua majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan adakalanya ia menjadi hari paling memalukan dan juga terjadi insiden yang langsung tidak diduga.
Contohnya seperti yang berlaku di India baru-baru ini, satu perkahwinan telah dibatalkan dengan serta merta atas satu sebab yang pasti membuatkan anda bengang dan geram.
Menerusi laporan Indian Express, pemngantin lelaki yang dikenali sebagai Ramakant Patra tiba di Sukinda, Odisha untuk majlis perkahwinannya. Ramakant Patra dan keluarganya disambut baij oleh keluarga bakal isterinya untuk makan tengah hari sebelum majlis perkahwinan mereka bermula.Tetapi kemudiannya Patra kecewa dan tidak berpuas hati kerana keluarga bakal isterinya gagal menyediakan kari kambing yang disukainya dan berlaku pertengkaran antara mereka.
Patra kemudian membuat keputusan nekad untuk membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga pengantin perempuan yang terkejut dengan keputusannya cuba memujuk Patra namun tidak berjaya dan Patra segera meninggalkan majlis perkahwinannya bersama-sama dengan rombongan keluarganya.
Patra kemudian pergi ke rumah saudaranya yang berdekatan selepas kejadian tersebut. Namun apa yang lagi mengejutkan ialah dia kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain di hari yang sama sebelum pulang ke rumahnya.