Pengantin Viral, Gugup Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta!

Meskipun pada mulanya, pengantin lelaki dilihat tenang namun ketika saat-saat melafazkan akad, dia gagal menahan perasaan gemuruhnya sehingga gugup dan tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta.Pengantin Viral, Gugup Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta! - nangtime.comDifahamkan mas kahwin yang sepatutnya disebutnya adalah sebanyak RM500.00 sahaja.

Aku terima nikahnya (*********) dengan mas kahwinnya RM500 juta tunai.

Menurut pengantin lelaki, malam sebelum akad nikah, ahli keluarganya pernah meminta dia untuk berlatih, tapi dia ‘angkuh’ dan tidak melakukannya.Pengantin Viral, Gugup Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta! - nangtime.com

Esoknya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial yang berasal dari Shah Alam.

Kisah pengantin ini menjadi tular selepas video akad nikahnya dimuatnaik oleh adik perempuannya di aplikasi Tik Tok dan menjadi tular. Menurut tuan badan, video tersebut merupakan lafaz keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.

Pengantin Viral, Gugup Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta! - nangtime.com

“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.Pengantin Viral, Gugup Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta! - nangtime.com

“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.

VIDEO 1:

“Saya kira itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya.

VIDEO 2:

Rata-rata netizen terhibur dan tergelak selepas menyaksikan video tular terbabit. Sameer bagaimanapun tidak mengambil hati akan komen-komen netizen di media sosial terhadap dirinya. Malah isterinya juga turut tak berhenti-henti menonton video tersebut sambil ‘membahan’ kesilapan yang dilakukannya.

Sumber: Harian Metroieraa.shahiramsamdaniel

Facebook Comments Box