Seorang lelaki yang dikenali sebagai Korik Akbar, 20 menjadi tular apabila menikahi dua wanita di majlis kahwin yang sama. Pengantin wanita yang dikenali sebagai Nur Khusnul Kotimah, 20 yang dari Dusun Batugulung, Desa Prabu, Lombok Tengah pasrah apabila suaminya turut meikahi wanita lain yang sudi menjadi madunya.
Wanita tersebut dikenalpasti sebagai bekas kekasih suaminya iaitu Yuanita Ruri, 21, dari Dusun Sade, Desa Rembitan, Lombok Tengah.
Menurut Nur Khusnul, bekas kekasih suaminya yang dikenali sebagai Yuanita mengetahui mereka akan bernikah melalui media social kerana ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka.
“Kerana itu, dia minta untuk dijadikan isteri juga,” katanya.
Khusnul berkata, kisah pernikahan ini bermula dengan proses merariq pada minggu lalu.
Merariq adalah adat yang memerlukan wanita ‘diculik’ oleh lelaki pilihannya yang mana proses berkenaan diketahui oleh ahli keluarga. Perempuan yang diculik akan dibawa ke rumah keluarga lelaki.
“Beberapa minit selepas tiba di rumah Korik, seorang wanita muncul dan minta dinikahi juga,” katanya.
Menurut pengantin lelaki, Korik dia sangat terkejut dengan kedatangan bekas kekasihnya pada tahun 2016 namun kemudian membuat keputusan untuk menikahi kedua-duanya selepas berbincang dengan keluarga.
“Mas kahwin untuk kedua-duanya juga sama iaitu 1.75 juta Rupiah (kira-kira RM510),” kata Korik.
Walaupun gembira dengan perkahwinannya, Korik mengakui dia berasa sedikit susah hati kerana terfikirkan bagaiaman cara untuk menyara kedua-duan isterinya kerana dirinya yang masih belum mendapat pekerjaan.