Peniaga Pening Kepala Dapat Order Customer Dengan Mesej Permintaan Panjang Lebar Macam Karangan

Jika anda pernah membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi food delivery seperti Foodpanda dan GrabFood, akan ada satu ruang untuk pelanggan membuat special request kepada peniaga yang menyediakan makanan atau minuman tersebut.Peniaga Pening Kepala Dapat Order Customer Dengan Mesej Permintaan Panjang Lebar Macam Karangan - nangtime.com

Kebiasaannya, antara perkara yang sering orang minta adalah mahu sos lebih, kuah lebih, nasi lebih, tak nak sayur, tak nak taugeh dan sebagainya. Biasanya special request mesej ini akan dibuat sehabis ringkas bagi memudahkan peniaga baca dan faham.

Namun seperti yang kita sedia maklum, kelakuan setiap manusia kadangkala adalah agak unik dan berbeza antara satu sama lain. Contohnya macam kisah seorang peniaga ini telah mendapat order yang diletakkan special request yang sangat panjang lebar.Peniaga Pening Kepala Dapat Order Customer Dengan Mesej Permintaan Panjang Lebar Macam Karangan - nangtime.com

Kisah lelaki ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @weeda275.

“Kawan stress dapat order customer, kena baca macam karangan”

Peniaga lelaki ini difahamkan mendapat order daripada seorang pelanggan yang menulis ‘special request’ yang panjang lebar seperti sebuah karangan, malah kertas order yang dicetak juga kelihatan sangat panjang luar dari kebiasaan.Peniaga Pening Kepala Dapat Order Customer Dengan Mesej Permintaan Panjang Lebar Macam Karangan - nangtime.com Pelanggan itu membuat order tiga bungkus nasi kandar iaitu dua bungkus Nasi Kandar Ayam Goreng dan sebungkus Nasi Kandar Kari Kambing.

Permintaan pelanggan itu pula agak mengelirukan apabila mahukan Nasi Kandar Kambing tapi minta ayam dada pula. Adoi, camne tu ekk? Bikin pening kepala.

Tak cukup dengan itu, pelanggan itu juga siap tinggalkan pesan kalau tak follow order dan permintaannya betul-betul, dia akan merajuk dan tak mahu repeat order disitu lagi. Alamak..

VIDEO 1:

Perkongsian video itu menjadi tular dan rata-rata netizen tergelak melihat permintaan pelanggan itu yang sangat banyak, mana tak pening kepala peniaga dibuatnya, lagi-lagi arahan yang sangat memeningkan macam nak Nasi Nasi Kandar Kambing tapi minta ayam dada, haha.

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa pelanggan itu sebenarnya memang sukakan masakan di kedai itu dan sebab itu dia minta macam-macam. Seorang lagi netizen pula berpendapat pelanggan itu mungkin pertama kali order dari situ dan mahu pastikan makanan mengikut seleranya, tapi mungkin tersilap taip dan tak periksa apa yang ditulisnya.

Dalam video terbaru, peniaga ini dikatakan menunggu jika pelanggan semalam tu buat repeat order, tapi dia kecewa kerana tak ada.

VIDEO 2:

Ala, jangan sedih bang, mungkin pelanggan tu nak cuba menu kedai lain pula kan ataupun nak masak sendiri ke, makan makanan mak ke. Nanti-nanti ada la dia repeat order tu, hihi.

Facebook Comments Box