Penjenayah Licik Digelar Makcik ‘Ketiak Melekit’ Berjaya Diberkas

Seorang penjenayah licik yang diberi gelaran ‘mak cik ketiak melekit’ berjaya ditangkap sekumpulan anggota polis Phra Pradeang berhubung beberapa kes jenayah, menurut laporan portal berita The ­Bangkok Post kelmarin.Penjenayah Licik Digelar Makcik ‘Ketiak Melekit’ Berjaya Diberkas

Suspek dikenal pasti sebagai Namphueng Natethip, 51, yang berasal dari pekan Bang Namphueng menerima gelaran itu disebabkan modus operandinya dalam kes-kes penipuan wang.

Laporan mendakwa, dia akan membayar barangan mengguna­kan wang kertas 1,000 baht (RM134) dan selepas menerima baki, suspek akan segera menyembunyikan wang baki di bawah ketiaknya.

Selepas itu, suspek mendakwa dia masih belum menerima baki wang daripada pemilik kedai. Dia dipercayai melakukan penipuan itu sejak awal tahun ini.

Namphueng turut dipercayai suspek dalam satu kes kebakaran empat kereta dan sebuah motosikal di Phra Pradaeng pada 7 Januari lalu.

Penolong Ketua Balai Polis Phra Pradeng, Leftenan Kolonel Thanakit Ruayaree menyatakan wanita itu ditahan susulan aduan oleh penduduk tempatan bernama Chatree Sopako, 50, pada 8 Januari lalu.

Chatree yang juga saudara Namphueng mendakwa, ada individu sengaja membakar lima kenderaan di rumahnya.

Dia menyerahkan bukti rakaman kamera keselamatan kepada polis yang menunjukkan semua kenderaan itu terbakar kira-kira pukul 3 pagi pada 7 ­Januari lalu.

Kosmo

Facebook Comments Box