Penjual iPhone Dikurung Pembeli Diselamatkan Polis Selepas 5 Hari

Selepas hampir seminggu dipercayai ‘hilang’ , seorang pemuda yang juga penjual iphone akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa selepas diselamatkan oleh polis di Ayer Keroh.nangtime.com - Penjual iPhone Dikurung Pembeli Diselamatkan Polis Selepas 5 Hari

Pemuda dikenali sebagai Muhammad Amirul Shafiq, 25, telah dilaporkan hilang apabila menghantar pesanan tiga biji iPhone 12 di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ahli keluarganya juga buntu untuk mencari pemuda tersebut telah memuat naik butirannya bagi meminta pertolongan orang ramai supaya dapat memberikan maklumat jika menjumpai pemuda terbabit.

Menerusi Harian Metro, Amirul Shafiq memaklumkan dia telah dibawa lari oleh ‘pembeli’ iPhone tersebut apabila diajak untuk menaiki kereta bagi memperoleh bayaran ketiga-tiga telefon berkenaan.

 

Namun, ketika masuk ke kereta, terdapat dua orang lagi menunggunya dan dia telah diikat serta disembur ubat nyamuk sebelum menumbuknya. Dia juga dipaksa menelan 10 biji pil sehingga berada dalam keadaan separa sedar.nangtime.com - Penjual iPhone Dikurung Pembeli Diselamatkan Polis Selepas 5 Hari“Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.”

“Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

Dia telah dibawa ke Ayer Keroh dan ditinggalkan bersama dua orang rakan ‘pembeli’ tersebut di sebuah rumah pada hari Ahad. Mereka juga turut menyamar sebagai polis dan mendakwa Amirul Shafiq melakukan kesalahan.

“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,” jelasnya.

nangtime.com - Penjual iPhone Dikurung Pembeli Diselamatkan Polis Selepas 5 Hari

Pemuda tersebut juga memaklumkan sepanjang 5 hari dikurung, dia hanya diberi makan beberapa kali sahaja dan ada waktu tidak diberi makan langsung.

“Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan,” kata Amirul Shafiq
Dia telah diselamatkan oleh pihak polis setelah rumah tersebut diserbu lebih kurang jam 12.30 malam tadi. Menurut Amirul, dia ada bermimpi diselamatkan namun ternyata mimpinya itu menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan mangsa sudah diselamatkan dan akan memberi kenyataan media berhubung kejayaan itu.

VIDEO:

Mereka yang melakukan perbuatan terbabit juga sudah ditahan polis dan ahli keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua pihak.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box