Seorang lelaki membawa tiga ekor kucing peliharaannya menaiki kereta apa menjadi tular di media sosial. Kerana sayangkan kucing-kucingnya, lelaki di Rusia berkenaan sanggup membeli tiket satu kawasan tempat duduk untuk 3 kucing peliharaannya menaiki kereta api di bandar Moscow.
Gambar tiga ekor kucing comel itu yang bersandar di tingkap dan duduk di atas kerusi sambil melihat pemandangan di luar, tular di media sosial negara berkenaan sejak awal bulan lalu.
“Seorang penumpang dari Moscow menuju ke Anapa (bandar resort di selatan) membeli kesemua tempat duduk dalam kompartmen untuk kucingnya,” tulis seorang pengguna media sosial yang dikongsikan di Telegram, What’s Up in Moscow.
Selain itu pengguna media sosial cepat melabel gambar berkenaan sebagai ‘kotokupe’ yang bermaksud kompartmen kucing.
Menurut akhbar kerajaan Rossiiskaya Gazeta, perkhidmatan kereta api Rusia kendalian North Caucasus Railway bagi wilayah Krasnodar mendapatkan maklumat lanjut daripada konduktor kereta api mengenai perkara itu.
Sama seperti manusia, kucing juga biasanya akan terlelap apabila menaiki kereta api untuk perjalanan yang jauh.
Di negara Russia, para penumpang memang dibenarkan membawa haiwan peliharaan untuk menaiki kereta apa awam asalkan mereka membayar tiket dan haiwan peliharaan seperti kucing perlu diletakkan dalam sangkar.