Penyewa Degil Tak Mahu Bayar Sewa, Tuan Rumah Cabut Meter TNB Namun Penyewa Buat Laporan Polis Dan Ini Keputusan Mahkamah

Penyewa Degil Tak Mahu Bayar Sewa, Tuan Rumah Cabut Meter TNB Namun Penyewa Buat Laporan Polis Dan Ini Keputusan Mahkamah.nangtime.com - Penyewa Degil Tak Mahu Bayar Sewa, Tuan Rumah Cabut Meter TNB Namun Penyewa Buat Laporan Polis Dan Ini Keputusan Mahkamah

Tular penulisan seorang peguam yang dikenali sebagai Nor Zabetha mengenai satu isu yang sering dihadapi oleh orang zaman sekarang. Isu yang ditulisnya adalah mengenai isu khianat dan merosakkan harta benda.

Berikut adalah perkongsiannya yang telah mendapat perhatian netizen terutama mengenai penyewa yang tidak mahu bayar sewa.

Ada beberapa soalan yang bertanya berkenaan dengan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Saya tulis melakukan kerosakan terhadap harta bernilai RM25 atau lebih. Ada yang menyangka kesilapan typo. Mungkin saya hendak tulis RM25,000. Oh! Tidak. Memang begitu ayatnya. Memang kerosakan kepada harta benda yang nilainya RM25 dan lebih.

nangtime.com - Penyewa Degil Tak Mahu Bayar Sewa, Tuan Rumah Cabut Meter TNB Namun Penyewa Buat Laporan Polis Dan Ini Keputusan Mahkamah
Nor Zabetha

Pernah sekali dulu, anak guam saya berselisih faham dengan penyewa rumah yang tidak mahu bayar sewa. Akibat penyewa masih berdegil, tuan rumah tension dan datang ke rumah yang disewakan. Dia masuk ke dalam rumah dan memotong bekalan elektrik secara mencabut meter TNB.

Penyewa buat laporan polis, memandangkan polis rasakan itu adalah perbuatan yang khianat dengan melakukan kerosakan pada barangan bernilai RM25. Anak guam saya didakwa di mahkamah dan perlu membayar jaminan dan melantik peguam.

Kami menang kes ini kerana hujah saya bahawa rumah itu adalah miliknya dan penyewa telah tandatangan perjanjian. Jadi harta miliknya sendiri. Bukanlah kerosakan pada harta benda penyewa dan kerosakan yang berlaku adalah kerugian anak guam.

nangtime.com - Penyewa Degil Tak Mahu Bayar Sewa, Tuan Rumah Cabut Meter TNB Namun Penyewa Buat Laporan Polis Dan Ini Keputusan Mahkamah
Gambar Hiasan

Dalam proses menang itu, perlu pula dia ke mahkamah berkali-kali, lantik peguam dan menjalani proses ke mahkamah. Tidak ke payah dan susah, semata-mata hal yang nilainya RM25 sahaja. Harga jaminan sahaja pun telah berkali ganda dari nilai yang rosak.

Saya hendak pesan, undang-undang merosakkan harta benda milik orang atau milik awam itu ada. Jangan main sembarangan.

Kalau bergaduh kita jangan pergi pecahkan pasu bunga jiran, patahkan side mirror kereta orang, calarkan kereta orang atau apa sahaja perbuatan. Tak pasal-pasal nanti, panjang prosesnya.

Geram dan marah itu belum tentu dapat dilepaskan dengan menjahanamkan orang tetapi yang pasti kalau polis hendak membuat siasatan dan dakwa. Panjang cerita dia nanti.

Hukumannya juga bukan biasa-biasa. Penjara tidak kurang setahun dan maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tengok jugalah perbuatannya untuk menilai berapa lama penjara atau berapa banyak denda. Sebab berbeza mengikut perbuatan dan fakta kes.

Kalau mengamuk itu macam-macam gaya hendak lepas marah. Ada yang pergi pecahkan wind screen orang, ada yang pergi jahanamkan pagar depan rumah orang. Boleh dikatakan lagi dasyat perbuatan, lagi dasyatlah hukuman. Semua ini ada hukuman. Hati-hati. Marah tu kawal.

p/s: Kalau sewa rumah orang tu, sila lah bayar dan ikut perjanjian yang dipersetujui sebelum sewa. 

Kredit: Nor Zabetha

Facebook Comments Box