Pesawat Kena ‘Hijack’ Dengan Kucing Sampai Terpaksa Buat Pendaratan Cemas

Seekor kucing telah menyebabkan sebuah pesawat Tarco Airlines yang berada dalam perjalanan ke Doha, Qatar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dekat Sudan terpaksa membuat pusingan U kira-kira 30 minit selepas ia berlepas.nangtime.com - Pesawat Kena 'Hijack' Dengan Kucing Sampai Terpaksa Buat Pendaratan Cemas

Kucing tersebut difahamkan ingin keluar dari perut kapal terbang berkenaan. Disebabkan pintu telah ditutup, kucing tersebut pun tidak dapat keluar jadi ia menyerang juruterbang berkenaan.

Meskipun beberapa orang dalam pesawat berkenaan cuba melakukan pelbagai cara untuk menangkap kucing itu, usaha tersebut nampaknya sia-sia sahaja.

Pilihan terakhir adalah juruterbang terpaksa berpusing semula dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum kerana mereka tidak dapat meneruskan perjalanan.

nangtime.com - Pesawat Kena 'Hijack' Dengan Kucing Sampai Terpaksa Buat Pendaratan Cemas

Dalam pada itu, kucing berkenaan dilaporkan menyelinap masuk ke dalam perut pesawat ketika kapal terbang tersebut diletakkan di hangar lapangan terbang Khartoum semalaman untuk tujuan pembersihan dan penyediaan.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama haiwan berkenaan ditemui di dalam kapal terbang. Pada Ogos 2004, kejadian yang sama melibatkan seekor kucing dengan seorang juruterbang Brussels Airlines ketika mereka dalam perjalanan dari Brussels ke Vienna.

Atas sebab itu, pesawat tersebut terpaksa membuat pusingan semula dan mendarat cemas di Brussels kira-kira 20 minit selepas ia berlepas.

Facebook Comments Box