Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

RINDU bertugas di awan biru, begitulah perasaan yang diterjemahkan oleh seorang gadis. Pandemik Covid-19 ternyata memberi tamparan hebat buat gadis ini, dan segala-galanya yang dirancang berubah sama sekali.nangtime.com - Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

Bukan sekadar kerjayanya sebagai pramugari terjejas, malah memberi kesan terhadap rancangannya untuk berkahwin.

Gadis berkenaan, Maliah Md Noor berkata, dia mula bertugas sebagai pramugari pada Julai 2018 dan pandemik menjejaskan industri penerbangan, sehingga kontraknya selama dua tahun tidak diperbaharui semula.

nangtime.com - Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

Maliah berkhidmat sebagai pramugari selama dua tahun.

Wanita berusia 27 tahun itu mengakui pada mulanya sukar untuk menerima keadaan yang menimpanya secara mendadak, awal Jun lalu.

“Saya dapat panggilan mengenai berita mengejutkan itu daripada pihak syarikat pada Hari Raya, semasa di rumah di Subang, Selangor. Masa tu memang saya ‘terduduk’.

“Sudahlah tak dapat balik beraya di kampung di Johor kerana sekatan rentas negeri ketika itu, memang air mata saya dah meleleh menangis,” katanya kepada mStar.

Walaupun dapat menjangkakan perkara tersebut bakal berlaku berdasarkan situasi semasa, namun dia tetap sedih apabila mengenangkan nasib keluarganya.

nangtime.com - Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

Mula berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan.

Maliah berkata, sebagai anak sulung daripada empat beradik, dia bertanggungjawab membantu menyara kehidupan keluarganya, dengan ibunya berniaga secara kecil-kecilan.

“Saya ada banyak tanggungan dengan adik-adik masih kecil dan bersekolah. Ibu pula adalah ibu tunggal. Jujurnya, saya terkilan sebab tak dapat tolong support keluarga saya ketika itu.

“Saya dan tunang sepatutnya berkahwin pada awal Ogos lalu, tetapi disebabkan masing-masing kehilangan kerja, maka rancangan itu terpaksa ditangguhkan dahulu,” ujarnya.

Sepanjang tempoh Jun dan Julai lalu, gadis berasal dari Senai, Johor itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga.

nangtime.com - Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

Menjual tauhu berdegil masakan sendiri.

“Saya bantu ibu jual sambal ikan bilis. Lepas tu saya berjinak-jinak buat tauhu bergedil dan menjualnya termasuk mengambil upah buat alteration baju.

“Kebetulan dulu masa belajar saya ada beli mesin jahit. Saya angkut mesin jahit tu dari Johor ke Subang, dan ambil upah menjahit,” katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Reka Fesyen dan Tekstil di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Menurut Maliah, dia juga mencuba nasib dengan menghadiri temuduga tetapi tidak menyangka ditipu oleh tawaran pekerjaan yang dijanjikan.

“Dua temuduga yang saya pergi untuk kerja PA (pembantu peribadi), tapi sebenarnya tawar kerja lain yang saya tidak tahu seperti MLM (pemasaran pelbagai peringkat) dan forex (dagangan tukaran wang asing).

“Tempoh dua bulan tu sangat mencabar sehingga saya stres, mengalami keguguran rambut dan muka naik jerawat. Tapi saya percaya, rezeki ada di mana-mana,” katanya.

nangtime.com - Pramugari ‘Terduduk’ Meleleh Air Mata Kontrak Tak Disambung, Bergelut Sara Keluarga Sebelum Jadi Ejen Jualan Kereta

Mempunyai pengalaman dalam bidang jahitan.

Dia bagaimanapun akhirnya diterima bekerja sebagai ejen jualan kereta pada Ogos lalu meskipun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang automotif.

“Memang tak jangka, dari fesyen dan tekstil, kemudian bidang penerbangan, berniaga kecil-kecilan terus lompat dalam bidang jualan kereta.

“Saya bersyukur, Tuhan dah rancang apa yang terbaik untuk kita. Dan saya perlu berusaha, dan bila dapat pelanggan pertama yang beli kereta bulan lepas, ya Allah bersyukurnya saya. Memang saya melompat sebab gembira sangat,” katanya.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box