“Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk Melecur

Periuk jenis pressure cooker menjadi pilihan ramai kerana ianya mampu mempercepatkan proses masakan. Namun, disebalik kelebihan membantu memendekkan masa masakan, penggunaan periuk jenis ini perlu dikendalikan dengan betul.nangtime.com - “Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk Melecur

Hal ini kerana risiko untuk periuk meletup amat tinggi jika salah dikendali. Menerusi Facebook Shah Shahrolnizam, berkongsi kisah dirinya yang melecur teruk selepas pressure cooker digunakannya meletup.

Lepas bunyi wisel boleh bukanangtime.com - “Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk Melecur

Assalamualaikum semua.

Ni saya nak cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3 bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35 pagi. Waktu tu saya tengah siapkan order catering untuk 40 pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pukul 11 pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. Nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh buka. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap.

 

Paksa punya paksa, tiba-tiba meletup

nangtime.com - “Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk MelecurAfter wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu. Then lepas dah sette tarik button tu angin tak keluar lagi so dah takde pressure lah kan. Pastu saya buka, buka punya buka. Cubaan untuk bukak gagal. Dan saya paksa buka. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi jadi lah macam ni. Saya macam orang kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu.

nangtime.com - “Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk Melecur

Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke klinik.

Hati-hati ketika menggunakannya

P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nak beli pressure cooker pastikan anda tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para pejuang senduk kuali di dapur. Hati-hatilah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para-para suami atau bakal suami di luar sana.

nangtime.com - “Pressure Cooker” Meletup Ketika Sedang Rebus Daging, Lelaki Teruk Melecur

Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak-anak anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan-kawan, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi.

Sumber: Shah Shahrolnizam

Facebook Comments Box