Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

Pernah tak anda merasa pelik kenapa ketika berkumpul bersama orang lain, anda selalu menjadi sasaran nyamuk sedangkan ada ramai lagi orang yang berada di tempat sama? mesti rasa pelik bukan?Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

Sebenarnya nyamuk-nyamuk ini memang ada kriterianya sendiri mengenai siapa orang yang lebih disukainya untuk digigit. Oleh itu jika anda selalu menjadi sasaran nyamuk, bermakna ada sesuatu ciri  yang dia suka pada anda.

Dipetik daripada TIME, Dr Jonathan Day daripada Universiti Florida, merumuskan sebab kenapa nyamuk suka kepada orang tertentu, dan tidak pada sesetengah orang lain. Di bawah ini merupakan ciri-ciri yang kemungkinan ada pada anda yang menjadikan anda sasaran kegemaran nyamuk.

Jenis Darah

Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

 

Mereka yang mempunyai darah O lebih senang digigit nyamuk berbanding mereka yang mempunyai darah A.

Wanita Mengandung

Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

 

Wanita mengandung dan mereka yang obes lebih mudah digigit nyamuk kerana golongan ini mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Tambah lagi, golongan ini menghasilkan lebih gas karbon dioksida, menyebabkan nyamuk suka akan mereka.

Baju Hitam dan Gelap

Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

Orang yang yang memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam adalah lebih mudah dijadikan sasaran nyamuk untuk digigit berbanding orang yang berpakaian cerah.

Orang Dewasa

 

Berbanding dengan kanak-kanak, orang dewasa lebih mudah digigit nyamuk kerana saiz mereka yang lebih besar.

Masa Senja dan Awal Pagi

Punca Kenapa Nyamuk Suka Sasarkan Untuk Gigit Anda Berbanding Orang Lain

 

Nyamuk lebih aktif pada waktu-waktu ini kerana ketika ini kurangnya angin bertiup, menyebabkan nyamuk senang untuk terbang mencari mangsa.

Walaupun kita sememangnya tidak dapat menghapuskan populasi nyamuk, namun kita boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengurangkan kebarangkalian kita digigit nyamuk dengan sentiasa membersihkan halaman rumah dan pastikan tiada tempat air bertakung.

Sumber: TIME

Facebook Comments Box