Seorang wanita yang sudah berkahwin semestinya mempunyai keinginan untuk mempunyai anak. Seorang ibu sanggup menahan sakit, sabar dan kuatkan diri demi melahirkan anak mereka ke dunia ini.
Namun tidak semua wanita dapat melahirkan anak mereka dalam keadaan lancar dan cepat atas beberapa sebab seperti yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Szry Ertyqa ini.
Melalui perkongsian wanita ini, ketika bayinya dilahirkan air ketuban termasuk sedikit ke dalam saluran darah sehingga mengalami beberapa komplikasi. Jelasnya lagi, pada awalnya dia telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
Pertama kali sedar di Hospital Serdang, ingatkan kena langgar lori ke sebab teruk sangat rupa.Selepas selesai pembedahan, dia dibawa ke Hospital Tengku Azizah. Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat dengan jelas kedua-dua belah tangannya mengalami bengkak dan lebam, perutnya terdapat kesan jahitan selain terdapat parut di lehernya.
Sebelum doktor beritahu rahim dan dibuang, memang dah dapat agak pun. Sebab takkan bersalin seteruk macam ni. Bangun tengok perut kesan czer melintang dan panjang menegak ke atas pusat.
Oleh kerana kedua-dua belah tangannya telah dicucuk untuk dimasukkan darah tetapi disebabkan tangannya sudah lebam, darah tidak dapat masuk. Oleh sebab itu lehernya terpaksa ditebuk untuk memasukkan darah.
VIDEO:
Perkongsian wanita ini sungguh memberi kesan terhadap netizen dan rata-rata kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita ini untuk melahirkan anak. Mereka juga mendoakan semoga wanita ini diberikan kesihatan yang baik dan terus tabah.
Kredit: SE Channel