Rekod Pulih Tertinggi, 108 Kes Pulih Covid-19

SEBANYAK 108 kes pulih dan dibenarkan pulang iaitu tertinggi direkodkan manakala dua kes kematian berkaitan Covid-19, dicatatkan hari ini.Rekod Pulih Tertinggi, 108 Kes Pulih Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 645 kes atau 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga jam 12 tengah hari, katanya, terdapat 142 kes baharu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,908 kes.

“Seramai 102 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut penjelasan mengenai kes kematian dijelaskannya:

• Kes kematian ke-44 (kes ke-193), perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi serta penyakit

jantung. Mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-115). Dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 13 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac jam 4.30 pagi.

• Kes kematian ke-45 (kes ke-1,053), lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi. Mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Dirawat di HKL pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac jam 10.46 malam.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” kata Dr Noor Hisham.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box