‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ – Wanita Dapat Untung Besar Selepas Menangkap Seekor Ikan Gergasi Seberat 52kg

‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ – Wanita Dapat Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg. Seorang wanita di India mendapat rezeki terpijak dan menjadi ‘kaya’ sekelip mata selepas menangkap ikan gergasi seberat 52 kilogram.‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Dapat Untung Besar Selepas Menangkap Seekor Ikan Gergasi Seberat 52kg - nangtime.com

Berdasarkan laporanGulf News,  ikan hasil tangkapan itu kemudian dijual di pasar berhampiran dengan harga 6,200 rupee (RM352) sekilogram.

Seorang penduduk di kampung Chakphuldubi, Pulau Sagar di barat Bengal yang dikenali sebagai Pushpa Kar menangkap ikan gergasi dari sebuah sungai di perkampungan itu sebelum meraih 300,000 rupee (RM17,039) menerusi hasil jualan itu.

Penemuan ikan gergasi itu dilaporkan tidak pernah lagi berlaku sebelum ini menurut kata-kata penduduk setempat.

Bercakap kepada media tempatan, Pushpa Kar menyifatkan  bahawa ikan itu umpama rezeki terpijak buatnya seumur hidup.

‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Dapat Untung Besar Selepas Menangkap Seekor Ikan Gergasi Seberat 52kg - nangtime.com

“Saya dapat lebih daripada 300,000 rupee selepas menjual ikan itu di pasar borong.

“Saya tidak pernah nampak ikan sebesar itu seumur hidup saya. Di sini, Silver Croaker dipanggil ikan Bhola,” katanya.

Difahamkan, wanita itu ternampak ikan berkenaan terapung sebelum terjun ke sungai dan sedaya upaya membawanya ke tebing. Penduduk tempatan membantu wanita itu membawa ikan itu ke pasar.

“Ikan itu kemungkinan terbunuh kerana berlanggar dengan kapal,” kata salah seorang penduduk di  kampung tersebut.‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Dapat Untung Besar Selepas Menangkap Seekor Ikan Gergasi Seberat 52kg - nangtime.com

Salah seorang peniaga tempatan juga turut memaklumkan bahawa harga ikan itu akan lebih mahal jika ia masih hidup ketika ditangkap dan tidak mati.

Pengguna akaun twitter yang dikenali sebagai Pooja Mehta telah berkongsikan kisah penemuan ikan itu oleh wanita berkenaan hingga kemudiannya menjadi tular.

Lemak ikan itu dijual dengan harga tinggi dan dieksport ke negara di Asia Tenggara, malah maw ikan (perut ikan) boleh mencecah sehingga 80,000 rupee (RM4,544) sekilogram atau lebih mahal lagi.

 

Facebook Comments Box