‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ – Wanita Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg

‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ – Wanita Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg. Tuah buat seorang wanita di India yang menjadi ‘kaya’ sekelip mata selepas menangkap ikan gergasi seberat 52 kilogram.nangtime.com - ‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg

Gulf News melaporkan hasil tangkapan itu dijual di pasar berdekatan dengan harga 6,200 rupee (RM352) sekilogram.

Pushpa Kar, penduduk di kampung Chakphuldubi, Pulau Sagar di barat Bengal menangkap ikan gergasi dari sebuah sungai di perkampungan itu sebelum meraih 300,000 rupee (RM17,039) menerusi hasil jualan itu.

Penduduk tempatan mendakwa, penemuan ikan gergasi itu belum pernah berlaku sebelum ini.

nangtime.com - ‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg

Bercakap kepada media tempatan, Kar menyifatkan ikan itu umpama rezeki terpijak buatnya seumur hidup.

“Saya dapat lebih daripada 300,000 rupee selepas menjual ikan itu di pasar borong.

“Saya tidak pernah nampak ikan sebesar itu seumur hidup saya. Di sini, Silver Croaker dipanggil ikan Bhola,” katanya.

Difahamkan, wanita itu ternampak ikan berkenaan terapung sebelum terjun ke sungai dan sedaya upaya membawanya ke tebing. Penduduk tempatan membantu wanita itu membawa ikan itu ke pasar.

nangtime.com - ‘Rezeki Terpijak Seumur Hidup’ - Wanita Untung Besar Selepas Menangkap Ikan Gergasi Seberat 52kg

“Ikan itu kemungkinan terbunuh kerana berlanggar dengan kapal,” kata seorang penduduk kampung.

Sementara itu, peniaga tempatan mendakwa nilai ikan itu kemungkinan lebih mahal jika ia tidak mati dan membusuk.

Lemak ikan itu dijual dengan harga tinggi dan dieksport ke negara di Asia Tenggara, malah maw ikan (perut ikan) boleh mencecah sehingga 80,000 rupee (RM4,544) sekilogram atau lebih mahal lagi.

Seorang pengguna Twitter, Pooja Mehta membuat ciapan tentang penemuan ikan yang menjadikan wanita itu kaya dalam semalaman hingga perkongsian itu menjadi tular dan jadi bualan ramai. – Harian Metro

 

Facebook Comments Box