Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”

Di dunia ini, kita percaya bahawa tiada seorang pun yang bergelar ibu yang tidak sayangkan anaknya namun tetap juga akan ada kes ibu yang mengabaikan anak-anaknya.Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat” Tidak semua orang yang bertuah memiliki ibu yang bertanggungjawab, baik dan penyayang terhadap anaknya. Dan ini termasuklah juga haiwan-haiwan lain yang hidup di muka Bumi ini.

Seperti 5 ekor anak harimau yang comel ini yang diabaikan dan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan hingga sekarang. Kesemuanya dilahirkan dalam keadaan sihat dan baik tetapi ibu mereka kelihatan tidak mempedulikan mereka sejak lahir hinggakan penjaga zoo memikirkan cara untuk membantu anak-anak hariamau tersebut.Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”

Akhirnya mereka memutuskan untuk meletakkan seekor ibu anjing untuk cuba menggantikan ‘tempat’ ibu harimau untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak harimau tersebut.

Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”

Meskipun begitu, pihak zoo juga sedikit bimbang dengan penerimaan anak-anak harimau terhadap ‘ibu angkat’ mereka itu dan juga bagaimana reaksi ibu anjing itu terhadap anak-anak harimau.Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”Namun, tanpa disangka-sangka anak-anak harimau kelihatan gembira dengan kehadiran ibu anjing tersebut meskipun mereka nampak sedikit takut pada mulanya. 

Ibu anjing juga seolah-olah memahami keadaan anak-anak harimau tersebut dan dia mulai rapat dengan mereka dan menjaga mereka dengan berikan susu, makanan seperti anak-anak sendiri.Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”

Anak-anak harimau sudah menganggap ibu anjing sebagai ibu mereka hubungan mereka sangat rapat.

Selain itu, anak-anak harimau ini juga kelihatan semakin gembira dengan kehadiran ‘ibu angkat’ mereka dan menganggapnya sebagai ibu mereka sendiri.

Anak-anak Harimau Diabaikan Ibu Mereka Sejak Lahir, Penjaga Zoo Letakkan Seekor Anjing Untuk Jadi ‘Ibu Angkat”Pengajaran yang kita boleh buat dari ini ialah anak-anak yang kecil perlu diberikan kasih sayang yang secukupnya tanpa mengira dari siapapun dan jangan biarkan mereka dibesarkan tanpa kasih sayang.

Facebook Comments Box