Seorang lelaki langsung tidak menyangka bahawa wanita yang dicintainya dan dianggapnya ‘hadiah dari tuhan’ rupa-rupanya hanya seorang penipu. Bukan sahaja dirinya kerugian ratusan ribu ringgit malah wanita berstatus ‘janda’ yang disayangi itu juga sebenarnya bukan wanita tetapi LELAKI!
Kisah yang berlaku di China, seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Chen Tran, 70, dari Quanzhou, Fujian tidak pernah menyangka wanita berusia 35 tahun dikenali sebagai Vuong Tam Lan yang menjalin hubungan cinta dengannya adalah seorang penipu.
Pada mulanya, mereka berdua berkenalan menerusi sebuah platform dalam talian yang popular. Chen tertarik dengan Vuong yang menggunakan profil gambar wanita yang cantik di platform sosial berkenaan. Vuong juga memberitahunya bahawa dia sudah berpisah dengan suami dan kini menjawat jawatan sebagai ketua bank pelaburan di wilayah Anhui.
Selepas itu mereka berdua pun saling berhubung dan Chen semakin tertarik dengan Vuong yang menurutnya mempunyai pertuturan dan penampilan yang ceria hinggakan dia menganggap Vuong sebagai ‘hadiah dari tuhan’ kepadanya.
Dalam masa lebih kurang 3 hari, mereka sudah memanggil satu sama lain dengan panggilan manja seperti pasangan suami isteri.
Menurut Chen, Vuong juga memberitahunya dia mahu bertemu dengannya dan mahu menempah tiket pesawat selain secepat mungkin selain mengimpikan melahirkan anak lelaki mereka berdua.
Satu hari, Vuong memberitahu Chen yang dirinya sudah melabur RM673,590 namun modal masih belum mencukupi untuk projek institusi kewangannya serta mengembangkan perniagaan pengangkutan. Chen yang semakin angau cinta dengan Vuong terus menghantar duit kepada Vuong secara online hingga mencecah RM267,740 selepas Vuong mengadu masalah kewangan kepadanya.
Selepas itu, Vuong telah menghilangkan diri tanpa kesan dan tidak dapat dihubungi lagi oleh Chen. Akhirnya Chen menyedari akan kesilapannya dan mengetahui dirinya sudah kena tipu.
Chen membuat laporan polis, namun kemudian terkejut apabila polis memberitahu berdasarkan pemeriksaan mereka pengguna akaun Wang Xin Lan (Vuong) sebenarnya milik seorang lelaki di Ham Duong, Shaanxi.
Akaun itu dibeli dengan harga 70,000 Yuan (RM43,585).