Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka

Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka. Apakah perasaan korang kalau ada orang yang tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumah anda pada waktu tengah malam? Mesti anda akan rasa cemas dan berdebar-debar sebab tidak tahu apa tujuan mereka bukan? Takut-takut kalau mereka ada niat yang tidak baik.nangtime.com - Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka

Seorang lelaki bernama Francis Liew, berkongsikan kisah rumahnya didatangi orang yang tidak dikenali pada waktu tengah malam atas sesuatu tujuan yang sangat tidak mereka sangkakan.
Menurut Francis, beliau serta keluarga dikejutkan dengan bunyi loceng rumah pada jam 11.55 malam sebelum mengetahui dua orang yang tidak dikenalinya serta sebuah teksi berada di hadapan rumahnya pada 4 Januari lalu.

Namun, mereka bukanlah berniat jahat atau ingin meminta pertolongan sebaliknya hanya melakukan satu kebaikan yang tidak mungkin dilakukan oleh sesetengah orang.

“Apabila menyedari tujuan mereka datang ke rumah, saya sangat terkejut dan hanya mampu berterima kasih dengan rendah diri dan menghargai tindakan mereka itu.” katanya.

Francis melalui status Facebook kemudian memberitahu bahawa pasangan itu datang menaiki teksi untuk memulangkan dompet anak perempuannya yang tercicir di dalam teksi.

nangtime.com - Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka

Pasangan yang tidak saya kenali ini datang menaiki teksi (berbeza dari yang dinyatakan), membawa anak kecil yang mengantuk pada waktu hampir tengah malam, hanya untuk memulangkan dompet anak perempuan saya yang tercicir kira-kira satu jam yang lalu.” kata Francis.

Pada awalnya, Francis memberitahu beliau serta anak perempuannya perasan akan keluarga kecil itu ketika turun daripada teksi yang berlainan daripada yang mereka naiki untuk ke rumah beliau..

Francis sangat bersyukur kerana dompet berkenaan ditemui oleh pasangan yang baik hati itu memandangkan anaknya hanya berada di Malaysia selama sebulan sebelum pulang semula ke United Kingdom. Jadi bayangkan kepayahan perlu dilalui jika kad bank, kad pengenalan dan kad-kad yang penting hilang?

Selepas memulangkan dompet itu, pasangan tersebut bagaimanapun enggan menerima apa-apa daripada Francis sebagai tanda berterima kasih daripadanya dan keluarga.

nangtime.com - Rumah Didatangi Pasangan Tidak Dikenali Pada Waktu Malam, Pemilik Rumah Terkejut Dengan Tujuan Kedatangan Mereka

“Mereka menolak untuk menerima sebarang pampasan daripada saya sambil mengucapkan selamat tinggal dan saya pula hanya berdiri tegak dan melambaikan tangan kepada mereka.” katanya lagi.

Sudah pasti bagi seseorang yang mengalami nasib yang baik seperti Francis akan rasa tidak kena jika tidak memberi apa apa sebagai tanda terima kasih kepada pasangan itu. Jadi, Francis berlari keluar dari rumahnya namun pasangan itu sudah tiada di hadapan rumahnya.

Namun, beliau kemudian ternampak sebuah teksi berwarna kuning berdekatan rumahnya. Wanita itu sudah berada di dalam teksi tersebut manakala suaminya itu baru ingin memasukinya. Francis tanpe berlengah lagi, terus berlari menuruni bukit sambil menjerit kepada lelaki itu memintanya untuk menunggu.

Disebabkan pasangan itu tetap menolak untuk menerima pampasan darinya, Francis terpaksa mengambil inisiatif lain untuk berterima kasih kepada mereka.

Mereka tetap menolak untuk menerima sesuatu tanda penghargaan saya tetapi saya memberikannya kepada pemandu teksi tersebut yang dalam kebingungan. Selepas menjelaskan kepadanya apa yang telah berlaku, saya mengarahkannya untuk memotong tambang daripada jumlah yang saya beri dan memberikan baki kepada pasangan itu.” kata Francis.

Selepas status Francis menjadi viral, beberapa netizen yang merupakan rakan kepada pasangan berkenaan memberitahu namanya. Lelaki bernama Solih Ansori serta isterinya itu berasal dari Jakarta, Indonesia. Semoga lebih ramai lagi orang seperti lelaki ini. Sikap terpuji lelaki ini dan pasangannya memang kita patut contohi okay!

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah terutama kalau anda berseorangan sebab tidak semua orang berniat baik seperti pasangan ini.

Facebook Comments Box