Sampai Kena Angkut Guna Lori, Wanita Hadiahkan Jambangan Bunga Duit Gergasi Buat Hari Jadi Bapanya

Sememangnya menjadi impian setiap anak untuk mendapat peluang bagi membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sudah bersusah payah untuk membesarkan mereka sejak kecil lagi. Itulah juga yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Shraedy ini yang mahu memberikan hadiah istimewa kepada ayahnya sempena hari ulangtahun kelahiran bapanya.Sampai Kena Angkut Guna Lori, Wanita Hadiahkan Jambangan Bunga Duit Gergasi Buat Hari Jadi Bapanya

Hadiah yang mahu diberikan oleh Shraedy kepada bapanya sememangnya sangat istimewa hingga rata-rata netizen rasa kagum dan teruja menyaksikan hadiah tersebut yang lain dari yang lain. 

Rupanya hadiah tersebut ialah satu jambangan bunga duit yang bukan biasa-biasa tetapi bersaiz gergasi!

Sampai Kena Angkut Guna Lori, Wanita Hadiahkan Jambangan Bunga Duit Gergasi Buat Hari Jadi Bapanya

Hadiah itu memerlukan lebih kurang dua minggu untuk disiapkan dan pihak penghantar menggunakan lori untuk menghantarnya bagi memastikan ianya tidak rosak dan sempurna ketika diserahkan.

Menurut Shraedy, tujuannya untuk memberikan hadiah tersebut adalah untuk membalas jasa bapanya yang selama ini telah bersusah payah membesarkan dia dan adik beradiknya.

“Selamat hari jadi untuk bapaku, terima kasih kerana membesarkan kami lima beradik selama ini. Walaupun orang Indonesia tapi bapa kuat, kuat cari rezeki yang halal datang ke Malaysia, meskipun waktu sekolah ramai yang hina anak pendatang.Sampai Kena Angkut Guna Lori, Wanita Hadiahkan Jambangan Bunga Duit Gergasi Buat Hari Jadi Bapanya“Terima kasih didik kami adik-beradik kami dengan baik walaupun banyak dugaan keluargaku lalui diuji dengan penceraian, tetap bersyukur masih ada lagi ibu bapa yang masih hidup di dunia ini.

“Harap sangat sempat bahagiakan bapa dan sementara bapa masih hidup ini, hendak balas segala jasa baik selama ini. Kawan-kawan tolong doakan bapa Shraedy sentiasa sihat,” demikian status yang ditulisnya di akaun Instagram miliknya.Sampai Kena Angkut Guna Lori, Wanita Hadiahkan Jambangan Bunga Duit Gergasi Buat Hari Jadi Bapanya

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat jambangan bunga gergasi tersebut dan memuji wanita ini yang berusaha untuk membahagiakan dan membalas jaga orang tuanya.

VIDEO:

Semoga kita juga akan dapat membalas jasa baik dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan orang tua kita.

Kredit: Shraedy

Facebook Comments Box