Satu Persatu Kebenaran Perkahwinan Anak Terbongkar, Chef Wan Akhirnya Lega

Chef Wan, 63, lega akhirnya kebenaran mengenai perkahwinan anaknya yang juga pelakon, Serina Redzuawan dengan anggota polis Meor Mohammad Aidid akhirnya terbongkar satu-persatu.nangtime.com - Satu Persatu Kebenaran Perkahwinan Anak Terbongkar, Chef Wan Akhirnya Lega

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata, benarlah tindakan terdahulunya untuk menyiasat apa yang patut sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

“Akhirnya bekas isteri suaminya membuka mulut memberitahu kebenaran. Itulah sejak awal saya nasihat jangan bermain api depan-depan dia di rumah saya. Lama-kelamaan saya akan dapat tahu juga.

“Mereka lupa bahawa orang bijak akhirnya akan ketawa terhadap mereka yang suka main drama. Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggung jawab mengenai anak kita. Biarpun buat silap, tetap kita mengaku silap!

nangtime.com - Satu Persatu Kebenaran Perkahwinan Anak Terbongkar, Chef Wan Akhirnya Lega

“Ini pengajaran untuk semua. Tak perlu aibkan keluarga bapa mereka sedangkan saya mangsanya di sini, dimakikan orang. Ya, saya memang cakap kasar, buat orang yang layak menerimanya,” katanya.

Chef Wan juga menasihatkan supaya orang luar tidak perlu pandai-pandai membuat cerita sekiranya tak tahu langsung pokok pangkal kebenaran.

“Mengagumkan apabila ramai di luar sana hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap! Padahal banyak kali kita dengar cerita begini berulang mengenai seorang lelaki nak kahwin isteri kedua atau ketiga. Ceritanya sama saja, penipuan dan akhirnya memalukan ibu bapa,” katanya.

Semalam, bekas isteri Aidid iaitu Nur Hamizah Shaffee, 34, mendedahkan perkahwinan pasangan itu berlangsung sewaktu Aidid masih bergelar suaminya selain tidak menyalahkan kenyataan dibuat Chef Wan.

Hari ini, Aidid mengaku sedang disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina selepas Nur Hamizah membuat laporan polis dia dimadukan tanpa kebenaran.nangtime.com - Satu Persatu Kebenaran Perkahwinan Anak Terbongkar, Chef Wan Akhirnya LegaKontroversi itu tercetus apabila Chef Wan mendakwa beliau terluka dan kecewa dengan tindakan Serina membelakangkannya apabila melangsungkan pernikahan dengan Aidid.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10. – Harian Metro

Facebook Comments Box