“Saya Berlari Bukan Untuk Kurus..” Dua Jari Terpaksa Dipotong Dan Berat Turun Dari 124kg ke 68kg, Wanita Berikan Pesanan Kepada Semua

“Saya Berlari Bukan Untuk Kurus..” Dua Jari Terpaksa Dipotong Dan Berat Turun Dari 124kg ke 68kg, Wanita Berikan Pesanan Kepada Semua.“Saya Berlari Bukan Untuk Kurus..” Dua Jari Terpaksa Dipotong Dan Berat Turun Dari 124kg ke 68kg, Wanita Berikan Pesanan Kepada Semua

Tubuh badan yang sihat merupakan salah satu nikmat yang sememangnya perlu dihargai dan disyukuri oleh setiap orang. Ada yang tidak bernasib baik, diuji dengan pelbagai penyakit yang terkadang boleh melunturkan semangat.

Sama seperti yang dialami oleh seorang wanita dari Sarawak ini yang diuji dengan penyakit diabetes. Tetapi, dia tetap berjuang sedaya upaya untuk melawan penyakitnya itu. Menerusi perkongsiannya di Group Facebook Malaysia Runners, Chin mengatakan bahawa dia kini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, berlari dan menjaga pemakanan.

Menurutnya, dia kehilangan dua jari kaki akibat daripada komplikasi penyakit itu. Pun begitu, dia tidak mudah patah semangat dan terus menyusun strategi melawan penyakit diabetes itu.

Chin mengatakan bahawa dia juga ingin menukar persepsi orang ramai yang merasakan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan perlu memakan ubat seumur hidup. Ikuti perkongsian kisahnya di bawah ini.

#ChinVsDiabetes

Saya Plain Didek atau Chin yang uppost berkenaan I Run To Fight My Diabetes semalam sekali lagi nak berkongsi mengenai bagaimana saya melawan diabetes dengan larian dan penjagaan
pemakanan yang berdisiplin..

Kehidupan setelah kehilangan dua jari kaki akibat diabetes tidak semudah yang disangka. Kalau dulu tak jaga makan, sekarang dah mula jaga makan. Sebaik sahaja keluar hospital setelah melalui pembedahan ray amputation dua jari kaki, saya diberikan dosage Metformin 2000mg sehari, dan Gliclazide 80mg. Ini antara dosage yang paling tinggi bagi pesakit diabetes untuk menjaga bacaan gula agar sentiasa stabil. Bacaan gula yang tak terkawal akan mendatangkan komplikasi yang bahkan boleh meragut nyawa kita.

Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari² yang hebat² belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik

Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari² di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.

Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki. Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati² bab kaki.

Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..

Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah² jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.

“Saya Berlari Bukan Untuk Kurus..” Dua Jari Terpaksa Dipotong Dan Berat Turun Dari 124kg ke 68kg, Wanita Berikan Pesanan Kepada Semua

Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.

Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.

Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Bila saya kehilangan dua jari kaki akibat diabetes saya, saya down dua hari ja. Kemudian saya susun strategi macam mana nak lawan diabetes ni. Orang sekeliling saya cakap luka kaki takkan sembuh. Saya degil dan bagitahu diri sendiri luka kaki saya akan sembuh cepat.

“Saya Berlari Bukan Untuk Kurus..” Dua Jari Terpaksa Dipotong Dan Berat Turun Dari 124kg ke 68kg, Wanita Berikan Pesanan Kepada Semua

Orang cakap kalau makan ubat diabetes, akan makan ubat seumur hidup, sepanjang hayat. Mitos. Bacaan gula yang cantik dalam masa 2 tahun, akhir doktor Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail (tempat saya mendapatkan rawatan) memberhentikan ubat diabetes saya dengan pemantauan ketat.

Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.

Ayuh kawan². Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.

Kredit: Plain Didek

Facebook Comments Box