“Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu..” – IBU

Ibu Terkejut Nampak Benda itu ‘Menumpang’ Di Mata Anak. Alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati bahagian bawah mata kiri anaknya digigit oleh kutu babi. Sebelum ini, kanak-kanak berkenaan pernah cuba memaklumkan rasa sakit itu kepada ibunya. Tetapi si ibu menyangka dia hanya mengalami luka kecil. Sehinggalah pada hari ketiga, si ibu dengan matanya sendiri melihat serangga itu ‘menumpang’ di mata anaknya.nangtime.com - "Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu.." - IBU

Wanita berkenaan tidak menolak kemungkinan yang anaknya digigit oleh serangga itu yang datangnya dari haiwan seperti kucing kerana anaknya sememangnya gemar dengan kucing. Justeru, beliau menasihatkan golongan ibu bapa memantau anak-anak agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

KASIHAN anak mama. First time saya tahu tentang kutu babi ini. Baiklah, saya cerita dari awal kejadian.

nangtime.com - "Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu.." - IBU

 

Hari pertama, Ijah kata di bahagian bawah matanya rasa sakit. Masa itu, bila saya belek-belek matanya, hanya nampak bekas luka seperti kudis. Jadi, saya biarkan dengan niat biarkan luka itu kering.

Hari kedua. Selepas mandi, saya periksa mata dia, masih nampak seperti kudis. Saya cuma lap menggunakan tuala, tetapi masih sama.

nangtime.com - "Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu.." - IBU

 

Hari ketiga. 10 Mac, dia bangun tunjukkan kepada saya. Alangkah terkejutnya saya benda itu boleh jadi sebesar itu. Saya pun hantar gambar kepada rakan-rakan dan bertanya mengenai serangga itu. Rakan memberitahu bahawa serangga itu adalah kutu babi.

 

Saya terus buat pencarian di laman Google dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Memang betul itu adalah kutu babi. Mak dan ayah saya membantu memegang anak saya, dengan niat nak cabut tetapi kuasa Allah, kutu babi tertanggal sendiri.

nangtime.com - "Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu.." - IBU

Ilmu yang baru untuk saya hari ini. Ijah memang suka dengan kucing, dia memang suka peluk. Kucing jalanan pun dia sayang. Kutu babi ini serangga jenis menghisap darah. Jadi, ia boleh melekat pada mana-mana haiwan, bukan hanya setakat anjing sahaja. Tetapi kita cegah sebelum terkena.

nangtime.com - "Saya Terkejut Benda itu Boleh Jadi Sebesar Tu.." - IBU

 

Saya tak salahkan kucing tetapi memang serangga ini banyak pada haiwan berdasarkan research yang saya baca dari Google. Saya cuma sekadar mahu berkongsi ilmu yang saya dapat hari ini. Saya tak kisah orang nak kata apa. Mereka belum mengalami kejadian seperti ini.

Semoga para ibu bapa & penjaga sentiasa pantau apa-apa perubahan pelik pada anak-anak anda. Sebelum ini juga ada kes kutu babi bersarang di telinga anak. Behati-hati ya!

Sumber: Zara Ryzal

Facebook Comments Box