Sedih Tengok Keluarga Terpaksa “Usir” Kanak-kanak Dalam Rumah Untuk Dijaga Jiran

Kes Covid-19 di Malaysia sekarang ini agak membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan ketara dan mencecah ke angka 6 ribu lebih sehari. Oleh itu, kerjasama dan pematuthan SOP antara semua pihak amatlah penting bagi mengekang penularan wabak ini. Antara SOP yang sangat penting adalah penjarakan sosial dan dilarang bersentuhan antara satu sama lain.Sedih Tengok Keluarga Terpaksa “Usir” Kanak-kanak Dalam Rumah Untuk Dijaga Jiran

Tular di media sosial satu keluarga yang dijangkiti virus berkenaan dalam video berdurasi 1 minit dimana mereka terpaksa melepaskan anak untuk dijaga jiran.

Hal ini berlaku selepas 4 anggota keluarga dalam rumah itu didapati positif Covid-19. Sebagai langkah berjaga-jaga dan tak mahu berjangkit, anak-anak mereka diberikan kepada jiran untuk dijaga. Korang boleh tengok video tu dalam tweet @bygoddesscandy kat bawah ni.

VIDEO:

 

Bukan halau, tapi taknak berjangkit.

Aduh kesian min tengok budak-budak yang terpaksa berjauhan dengan family ni. Mungkin budak-budak tu tak faham kesan kalau berjangkit. Apa yang family ni buat hanyalah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka sekeluarga.Sedih Tengok Keluarga Terpaksa “Usir” Kanak-kanak Dalam Rumah Untuk Dijaga Jiran

Betul min setuju sangat dengan tweet ni. Kalau kita baik, orang akan treat kita baik juga. Apa yang kita bagi, kita akan dapat balik. Dalam kes ni, berbaik dengan jiran.

Sedih Tengok Keluarga Terpaksa “Usir” Kanak-kanak Dalam Rumah Untuk Dijaga Jiran

Bersyukur dalam jiran yang faham konsep jangkitan Covid-19 ni. Takde lah sampai pulaukan family tu semata sebab dia positif Covid-19. Sangat tak adil.

Min pun bergenang air mata tengok video ni. Tak boleh bayangkan perasaan family yang terpaksa menjauhkan diri dari anak-anak. Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Sedih Tengok Keluarga Terpaksa “Usir” Kanak-kanak Dalam Rumah Untuk Dijaga Jiran

Pelik gak yang kata Covid-19 ni bukan real. Dah dua tahun kita hadap benda ni pun masih ingat benda ni palsu atau konspirasi. Tolonglah jangan ambil ringan hal pandemik ni.

Semoga kita semua akan boleh bekerjasama dan saling mengingatkan satu sama lain agar sentiasa patuh SOP yang ditetapkan dan kerajaaan diminta jangan sesekali ada double standard dalam mengenakan hukuman kepada mana-mana pihak yang melanggar SOP sesuka hati.

Sumber: Lobak Merah

Facebook Comments Box