Semua kita sedia maklum bahawa di hutan ada banyak pantang larangnya dan jika anda tidak biasa dengan hutan seeloknya jangan sewenangnya untuk melakukan sesuatu sesuka hati anda.
Bagi orang yang selalu masuk hutan atau tinggal di hutan mahupun di tempat berhampiran mungkin tiada masalah dengan hutan, namun jika tak biasa janganlah anda nak memandai-mandai untuk melakukan sesuatu.
Perkongsian seorang renjer hutan yang dikenali sebagai Sharon ini sangat berguna dan bermanfaat untuk anda yang mahu melakukan aktiviti rekreasi di hutan.
Menurutnya, buat sesiapa yang berminat dan mahu melakukan aktiviti rekreasi masuk hutan, adalah sangat penting buat mereka untuk mengikut peraturan dan juga trek yang sedia ada.
“Saiz standard trail bersih dan luas. Jika didepakan tangan, kamu tidak akan tersentuh mana-mana tumbuhan. Lain tempat, lain standardnya. Ini adalah saiz standard di tempat kami.
“Bila ada trek, pastikan kamu berjalan pada trek setiap masa untuk mengelakkan terkena duri, disengat tebuan dan haiwan berbisa seperti ular.
Dalam video perkongsiannya, kami terkejut apabila melihat seekor ular kapak berwarna hijau pada dahan pokok.
Agak menakutkan apabila ular itu sukar dilihat dari jarak jauh dan hanya boleh dikenalpasti dalam jarak dekat kerana warnanya yang seakan-akan sama dengan pokok dan daun.
Menurut Sharon, jika dilihat sekilas pandang memang tidak akan perasan ular kapak berkenaan. Ia sebenarnya tidak jauh daripada laluan yang disediakan.
Sharon juga sempat memberi peringatan buat mereka yang tidak biasa di hutan agar sentiasa ikut jalan trek yang disediakan dan tidak sesuka hati menggunakan jalan sendiri bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
VIDEO:
Di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Sharon atas perkongsiannya yang berguna.Mereka juga memuji keberanian wanita ini yang tidak gentar menunjuk dan berada dekat dengan ular kapak yang berbisa di hutan tersebut.
Kredit: p.sharon.j