Selalu Nampak Bahagia Di Sosmed, Wanita Kesal Kahwini Lelaki ‘Biawak Hidup, DipukuI Suami Saat Berbadan Dua

Pada masa sekarang, kita sering melihat pasangan suami isteri memaparkan kebahagiaan hidup mereka di media-media sosial hingga ramai yang memuji dan mengagumi mereka.Selalu Nampak Bahagia Di Sosmed, Wanita Kesal Kahwini Lelaki 'Biawak Hidup, DipukuI Suami Saat Berbadan Dua

Namun realitinya, tidak semua yang dipaparkan di media sosial itu meggambarkan perkara sebenar keadaan rumahtangga mereka. Dan adakalanya akaun-akaun media sosial adalah ‘topeng’ untuk menyembunyikan hakikat suka duka kehidupan mereka.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Vioo Ryusakii, wanita ini mendedahkan dirnya dikasari oleh suami barunya ketika sedang hamil.

Selalu Nampak Bahagia Di Sosmed, Wanita Kesal Kahwini Lelaki 'Biawak Hidup, DipukuI Suami Saat Berbadan Dua

Menurut Vioo Ryusakii, suaminya pada awalnya sangat baik terhadapnya dan anak lelakinya dan langsung tidak menyangka si suami akan bertindak kasar.

Vioo Ryusakii yang juga seorang youtuber memaklumkan bahawa lelaki berkenaan merupakan suami barunya. Malah sebelum ini, lelaki berkenaan telah memberi layanan yang cukup baik terhadap diri dan anak lelakinya dan wanita ini langsung tidak menyangka suaminya itu akan mengasari mereka berdua.

Selalu Nampak Bahagia Di Sosmed, Wanita Kesal Kahwini Lelaki 'Biawak Hidup, DipukuI Suami Saat Berbadan Dua

Menurut sumber, wanita ini dipercayai dipukuI oleh suaminya dibahagian perut sebanyak dua kali. Meskipun ketika itu dia sudah meraung kesakitan tetapi lelaki berkenaan langsung tidak mengendahkannya.

Susulan kejadian itu, wanita ini telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tidak terhenti di situ, wanita ini mendakwa anak lelakinya juga turut menjadi mangsa pukuI suaminya.

Namun oleh kerana tiada bukti dari rakaman CCTV mahupun video, suaminya tidak mengaku bersalah, Walaubagaimanapun, suami wanita ini juga sudah melarikan diri selepas perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.

Selalu Nampak Bahagia Di Sosmed, Wanita Kesal Kahwini Lelaki 'Biawak Hidup, DipukuI Suami Saat Berbadan Dua

Vioo Ryusakii menasihatkan kaum wanita agar tidak mudah mempercayai kata-kata lelaki agar tidak ditimpa nasib sepertinya.

Jangan pernah percaya kata-kata dari lelaki kalau akhirnya kamu dapat akibat. Sudah menumpang hidup makan, beli rokok. Sudahlah hilangkan handphone anak aku baru pakai empat bulan sekarang sudah mula pukuI dan melarikan diri.

VIDEO:

Tambahnya lagi, sepanjang berkahwin, suaminya juga hidup ‘menumpang’ dan bergantung kepada duitnya untuk makan, beli rokok.

Sumber: Vioo Ryusakii

Facebook Comments Box