NANGTIME

Selepas Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Wanita Dikurniakan Anak Kembar 4.

Pasangan suami isteri mengambil anak angkat 4 beradik lebih kurang setahun yang lalu mendapat berita yang sangat mengembirakan apabila dikurniakan 4 orang anak kembar sekaligus!nangtime.com - Selepas Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Wanita Dikurniakan Anak Kembar 4.

Pasangan dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu mendapat anak kembar empat selepas kira-kira setahun mengambil anak angkat empat beradik pada 2019.

Menerusi laporan Daily Mail, Maxine and Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry pada Oktober 2018 sebelum menjadi ibu bapa angkat kepada empat beradik berkenaan.

Henry dan adik beradik angkat

Sebaik mengambil anak angkat, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk memiliki seorang lagi anak kandung namun terkejut selepas disahkan hamil anak kembar empat.

Kembar empat itu dilahirkan pada 31 Julai lalu (32 minggu) yang diberi nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian dan Cecilia Hudson dimana dua daripadanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) namun dalam keadaan baik.

Dua kembar yang masih dirawat

Memetik kenyataan ibu Jake iaitu ArLette Young, anak dan menantunya itu berkahwin pada Mei 2016 dan sememangnya mahu memiliki keluarga sendiri secepat mungkin.

“Pelbagai cabaran dilalui mereka seperti berkali-kali keguguran, rawatan IVF dan IUI sebelum dikurniakan anak sulung mereka, Henry,” katanya.

Bagi Maxine pula, dia tidak menyangka dirinya hamil tanpa melalui proses IVF atau IUI, malah menganggap kandungan ’empat kali ganda’ itu adalah satu keajaiban.

Sumber : OMM

Facebook Comments Box

Exit mobile version