Sembelih Ayam Untuk Elak Rugi Sebab Tidak Bertelur, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Benda’ Bernilai Ribuan Ringgit

Tidak dinafikan ramai orang suka menternak ayam kerana mahu mendapatkan telurnya dan juga untuk dijual bagi mencari pendapatan. Oleh itu, kalau ternak ayam tapi kemudian tidak bertelur kadang-kadang akan membuatkan penternaknya merasa kecewa dan bengang seperti yang berlaku kepada lelaki ini.
TEAM NETIZEN - Sembelih Ayam Untuk Elak Rugi Sebab Ia Tidak Bertelur, Lelaki Terkejut Temui ‘Benda’ Bernilai Ribuan Ringgit - nangtime.com

Gara-gara bengang dengan ayamnya yang tidak bertelur selepas bertahun-tahun, seorang lelaki membuat keputusan untuk menyembelih ayam tersebut untuk dijadikan lauk makanan. Tapi kemudiannya dia terkejut besar apabila menemui sesuatu yang aneh di dalam perut ayamnya.

Selepas menyembelih ayamnya, lelaki ini menemui satu benda seberat 70g yang berbentuk bujur dan lebih besar daripada telur itik. Permukaan benda itu pula terasa keras seperti batu dan berwarna coklat kekuningan.TEAM NETIZEN - Sembelih Ayam Untuk Elak Rugi Sebab Ia Tidak Bertelur, Lelaki Terkejut Temui ‘Benda’ Bernilai Ribuan Ringgit - nangtime.com

Dia bagaimanapun tidak tahu apakah sebenarnya benda tersebut dan kemudian mengambil gambar dan bertanyakan rakan-rakannya.

Rupanya-rupanya benda tersebut merupakan harta karun yang tersembunyi dalam perut ayam dan dianggarkan bernilai mencecah ribuan ringgit.

Benda itu ialah “Chi Bao” atau lebih dikenali sebagai “harta karun ayam”. Dikatakan ianya hanya muncul pada sel telur yang sakit tapi hanya segelintir ayam yang memiliki benda tersebut.TEAM NETIZEN - Sembelih Ayam Untuk Elak Rugi Sebab Ia Tidak Bertelur, Lelaki Terkejut Temui ‘Benda’ Bernilai Ribuan Ringgit - nangtime.com

‘Harta karun ayam’ yang juga kadangkala disebut empedu ayam itu boleh mencecah ratusan ringgit per gram.

Ianya sering digunakan ubat herbal di negara China.

Facebook Comments Box