Seram..Kerusi Roda Bergerak Sendiri Mundar-mandir Di Hospital, Bekas Pemilik Sudah Lama Meninggal

Selalu kita dengar mengenai kisah-kisah seram yang berlaku di sesuatu tempat dan antara tempat yang agak popular dengan kisah-kisah sebegini ialah di hospital. Baru-baru ini, tular satu video di sebuah hospital di negara jiran kita, iaitu di Thailand hingga membuatkan netizen merasa seram dan meremang bulu roma! nangtime.com - Seram..Kerusi Roda Bergerak Sendiri Di Hospital, Bekas Pemiliknya Dah Lama Meninggal Dunia

MENYERAMKAN! Satu video dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Thailand mengejutkan netizen apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.

Menerusi rakaman video berdurasi 44 saat itu, kelihatan kerusi roda berkenaan bergerak daripada tempat asal ia diletakkan di sebelah tiang, dan ‘mundar-mandir’ di kawasan berhampiran pintu masuk masuk hospital.

nangtime.com - Seram..Kerusi Roda Bergerak Sendiri Di Hospital, Bekas Pemiliknya Dah Lama Meninggal Dunia

Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada ‘seseorang’ yang sedang mengendalikannya.

Thanasak Pakdeenuan, Pengarah Hospital Ban Kham Doung mengesahkan bahawa ia adalah kerusi roda manual.

nangtime.com - Seram..Kerusi Roda Bergerak Sendiri Di Hospital, Bekas Pemiliknya Dah Lama Meninggal Dunia
Kerusi Roda dilihat seolah-olah mudar-mandir di tempat berkenaan

Thanasak menambah kerusi roda itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit di hospital tersebut, yang sudahpun meninggal dunia.

Rakaman Video:

Hospital itu kini merancang untuk mengadakan upacara bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu. – Thesun.co.uk

Facebook Comments Box