Memang biasa kita dengar rumah-rumah dimasuki haiwan-haiwan berbahaya seperti ular yang tidak diundang, tapi hampir semuanya rumah yang jenis ‘landed’. Biasanya kejadian seperti ini berlaku di kawasan-kawasan kampung, taman perumahan atau rumah yang berdekatan dengan semak atau hutan.
Kebiasaannya kes ular masuk rumah biasa berlaku ketika musim panas kerana ular merupakan reptilia berdarah sejuk, maksudnya suhu badannya berubah ikut persekitaran. Sebab tu musim panas, ular suka mencari tempat teduh.
Bila musim hujan pula, ia akan merayap mencari tempat panas seperti dalam rumah, bengkel, kereta dan sebagainya.
Biasanya rumah jenis flat, apartment atau kondominium, tingkat yang paling bawah adalah yang paling berisiko untuk dimasuki ular. Secara logiknya ular mana boleh terbang masuk ke tingkat atas bukan?
Tapi mereka yang diam di tingkat atas jangan sangka ular tidak boleh menceroboh masuk ke tempat anda. Baru-baru ini, tular satu video seekor ular di sebuah apartment yang menyebabkan netizen merasa gerun.
Apa tidaknya apabila seekor ular dijumpai sedang memanjat dinding sebuah apartment yang tidak dapat dikenalpasti loksinya. Aduhh, rupanya mereka yang tinggal di tingkat atas bangunan tinggi juga kena berhati-hati, jangan biarkan tingkap terbuka sepanjang masa!
Apa-apapun, demi keselamatan penghuni rumah, pastikan rumah sentiasa dibersihkan dan tiada tempat yang berpotensi menjadi sarang atau tempat persembunyian ular atau haiwan-haiwan lain yang tidak diundang. Pastikan pintu dan tingkap tidak dibuka setiap masa dan sentiasalah perhatikan benda-benda atau keadaan sekeliling tempat tinggal kita.
Kredit: dhmdfr