Serigala Bermata Merah Dijadikan Pengawal Keselamatan

Sebuah bandar yang terletak di negara Jepun yang dikenali sebagai bandar Takikawa dilanda ancaman beruang yang membimbangkan para penduduk. Walaubagaimanapun, mereka telah menemui satu cara unik untuk melindungi mereka daripada serangan dan ancaman beruang.nangtime.com - Serigala Bermata Merah Dijadikan Pengawal Keselamatan

Para penduduk di sini menggunakan serigala bermata merah yang menggerunkan dan kelihatan ganas dan diletakkan di kawasan kejiranan. Tapi anda jangan tertipu, serigala bermata mereka yang menggerunkan ini sebenarnya ialah robot yang dikenali sebagai ‘Robotic Monster Wolf’.

Serigala bermata merah tersebut itu bertindak sebagai pengawal keselamatan dan mampu memutarkan kepala serta mengeluarkan 60 jenis bunyi berbeza termasuk bunyi ngauman serigala dan bunyi bising seakan jentera.

nangtime.com - Serigala Bermata Merah Menggerunkan Digunakan Untuk Melawan Ancaman Beruang

Selain itu ianya juga diletakkan alat pengesan pergerakan dan matanya akan mengeluarkan cahaya merah apabila diaktifkan.nangtime.com - Serigala Bermata Merah Menggerunkan Digunakan Untuk Melawan Ancaman Beruang

Bandar Takikawa telah membeli dua serigala bermata merah itu daripada syarikat pembuatan jentera dan mesin, Ohta Seiki dengan kerjasama universiti tempatan. Dikatakan sehingga kini, sudah lebih 70 robot serigala bermata merah itu yang telah dibeli dan dijual.

nangtime.com - Serigala Bermata Merah Menggerunkan Digunakan Untuk Melawan Ancaman Beruang

“Kami mahu beruang tahu ‘penempatan penduduk bukanlah tempat mereka’ dan membantu hubungan manusia – beruang yang sedia wujud,” kata Yuji Ota, ketua Ohta Seiki kepada media tempatan.

nangtime.com - Serigala Bermata Merah Menggerunkan Digunakan Untuk Melawan Ancaman BeruangKaedah menempatkan serigala bermata merah itu di kawasan bandar ternyata sangat berkesan apabila dimaklumkan tiada seekor beruang pun yang kelihatan di situ sejak robot itu digunakan.

Facebook Comments Box