‘Serigala Jadian’ Tunggang Motosikal Dan Buat Kacau Dengan Sengaja Menakutkan Orang Ramai Berjaya Ditangkap

Penduduk digemparkan dengan berita polis berjaya menangkap ‘seekor serigala jadian’ yang menakutkan orang ramai baru-baru ini di bandar Peshawar, Pakistan.‘Serigala Jadian’ Tunggang Motosikal Dan Buat Kacau Dengan Sengaja Menakutkan Orang Ramai Berjaya Ditangkap

‘Serigala jadian’ itu sebenarnya ialah seorang lelaki yang memakai pakaian yang seakan-akan ‘serigala jadian’ dan motfinya dipercayai sengaja untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Ketika ditahan oleh polis, lelaki ‘serigala jadian’ itu sedang memandu motosikal di sekitar kejiranan Moti dan sengaja menakutkan orang awam dengan membuat bunyi seakan-akan serigala. Jurucakap polis mengeluarkan kenyataan seperti berikut susulan penangkapan lelaki terbabit.

“Lelaki itu didapati menunggang motosikal sambil membuat bunyi seakan-akan serigala untuk menakutkan orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.‘Serigala Jadian’ Tunggang Motosikal Dan Buat Kacau Dengan Sengaja Menakutkan Orang Ramai Berjaya Ditangkap

“Polis telah memfailkan dakwaan terhadap lelaki berkenaan dan siasatan mengenai motif dia bertindak sedemikian sedang dijalankan,” katanya.

Meskipun begitu, terdapat netizen yang mempertahankan lelaki tersebut dengan mengatakan tindakan lelaki tersebut menakutkan orang ramai setidak-tidaknya akan menakutkan mereka dan mengurangkan penduduk yang keluar dari rumah. Ini dikatakan sejajar dengan usaha untuk mengurangkan pergerakan di musim pandemik ketika ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa lelaki ‘serigala jadian’ berkenaan telah mengikut SOP yang ditetapkan dengan memakai ‘pelitup muka’ iaitu topeng serigala di wajahnya.‘Serigala Jadian’ Tunggang Motosikal Dan Buat Kacau Dengan Sengaja Menakutkan Orang Ramai Berjaya Ditangkap

Walaupun begitu, tindakan lelaki berkenaan menakutkan orang ramai dengan penampilan seakan serigala jadian telah membuatkan ramai wanita dan kanak-kanak yang panik dan ketakutan dan ini jelas mengganggu ketenteraman awam. Insiden ini dilaporkan berlaku pada awal tahun ini.

Facebook Comments Box