Sudah menjadi kebiasaan apabila kita membuat pesanan makanan di restoran secara ‘walk in’, maka sudah pasti kita akan perlu mengunggu beberapa ketika untuk pesanan makana kita disiapkan.
Namun kadangkala masa menunggu pesanan itu disiapkan menjadi terlalu lama dan membuatkan kita tertanya-tanya bila ia akan siap.
Seperti yang dialami oleh seorang lelaki ini yang menunggu pesanan makanannya untuk disiapkan. Lelaki berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Anthony Evans ini menunggu makanannya disiapkan dan selepas menunggu lebih kurang 30 minit, dia mula bertanyakan kepada pekerja di di Chipotle Mexica, Baltimore, Amerika Syarikat itu mengenai pesanannya.
Dia bertanyakan mengenai pesanan makanannya kepada seorang kakitangan wanita bagi mengetahui kenapa makanannya lambat siap. Sebelum ini dia memang sudah biasa pergi ke restoran berkenaan dan selalunya pesanan makanannya cepat disiapkan.
Dia juga bertanyakan kepada pekerja lain mengenai nama wanita berkenaan. Namun kemudian kakitangan wanita itu yang bengang mendengar pertanyaan Evans terus menjerit seakan-akan naik hantu “Kamu boleh memanggil apa saja tak guna!”
Tak cukup dengan itu wanita itu juga dan membaling sebilah gunting kearahnya.
Gunting yang dibaling wanita itu telah mengenai bahu Anthony Evans, bagaimanapun dia bernasib baik kerana tikda mengalami sebarang kecederaan, cuma terkejut dengan tindakan wanita itu.
Dia kemudian membuat laporan polis susulan kelajdian tersebut. Menurut beberapa pekerja restoran, wanita yang membaling gunting tersebut dikenali sebagai Nicole dan merupakan pengurus Mount Vernon Chipotle Takeaway.