“Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita Disukainya

Biasanya mana-mana orang yang mahu mendapatkan cincin pertunangan mesti akan berfikir mengenai harga mampu milik dan bentuk yang sempurna dipakai oleh pasangan, namun berbeza pula dengan lelaki yang bernama John Elliot ini.nangtime.com - “Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita Disukainya

John Elliot yang berusia 27 tahun mengambil pendekatan yang berbeza dengan memutuskan untuk menyewa cincin daripada seorang wanita asing untuk digunakan sebagai untuk melamar teman wanitanya, Ashleigh.

Dia menyewa cincin Jenni Parker yang bernilai £7,000 (RM38,246) itu pada harga £50 (RM273) setelah memuat naik permintaan luar biasa tersebut ke sebuah laman web sewaan dalam talian.

Idea unik itu muncul kerana John mahu Ashleigh memilih cincinnya sendiri tetapi enggan membuat lamaran tanpa membawa sebentuk cincin.

nangtime.com - “Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita Disukainya

John yang tinggal di Balham, London berkata: “Saya mahu Ashleigh memilih cincin yang dia inginkan dan ini adalah satu-satunya cara untuk melamarnya tanpa dia tahu ia akan berlaku.

“Saya mahu ia menjadi cincin yang layak dimilikinya. Dia menerima lamaran saya!”

John menyenaraikan permintaan cincin itu di Fat Llama, iaitu sebuah laman web untuk memberi sewa atau menyewa semua jenis barangan.

nangtime.com - “Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita DisukainyaAshleigh sedikit kecewa kerana terpaksa memulangkan cincin berlian itu. – Foto Jenni Parker

Pemuda itu mengakui Ashleigh agak sedih ketika dia menyedari bahawa dia tidak dapat menyimpan cincin tersebut, tetapi mengatakan dia kini tahu jenis cincin yang dia mahukan.

John berkata: “Dia suka cincin itu, dia agak sedih hanya kerana hanya dapat pakai sementara pada petang tersebut, tetapi akhirnya ia memberikan idea yang lebih baik tentang apa yang dia cari.”

nangtime.com - “Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita Disukainya

Jenni diberikan cincin mewah itu oleh neneknya selepas perkahwinannya berakhir.

Wanita itu berkata: “Ketika rakan sekerja saya Rosie memberitahu tentang lelaki yang ingin meminjam cincin untuk melamar teman wanitanya, saya tahu saya harus berikan cincin ini dan melihat permulaan baharu dalam hidup orang lain.

nangtime.com - “Satu-satunya Cara Melamarnya Tanpa Dia Tahu..” Lelaki Sanggup Sewa Cincin Berlian RM38K Demi Melamar Wanita Disukainya
Jenn (Pemilik cincin yang disewa John)

“Ia melakar kisah baharu untuk cincin yang berusia lebih 100 tahun ini.

“Kebetulan saya tinggal di atas bot dan pam air rosak pada minggu ini, kos untuk menggantikannya sama dengan bayaran untuk meminjam cincin ini!” – Mirror UK

Facebook Comments Box