Sewa Kereta Bekas Teman Lelaki Dan Langgar Lampu Isyarat Berkali-kali Untuk Balas Dendam Kerana Ditinggalkan

Gara-gara bengang teman lelaki meninggalkannya untuk perempuan lain, seorang wanita merancang untuk memberikan pengajaran dan membalas dendam.Sewa Kereta Bekas Teman Lelaki Dan Langgar Lampu Isyarat Berkali-kali Untuk Balas Dendam Kerana Ditinggalkan

Wanita yang berasal dari Shaoxing, wilayah Zhejiang itu yang dikenali sebagai Lou berpakat dengan seorang rakan lelakinya untuk mengenakan bekas teman lelakinya, Qian.

Rancangan mereka berdua adalah memperdayakan seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Chen untuk menyewa kereta Audi milik bekas teman lelaki Lou. Chen berjaya menyewa kereta Audi tersebut dengan menggunakan aplikasi menyewa kereta dalam talian.

Selepas itu, Zhu pun memandu kereta Audi tersebut bersama Chen dan dengan sengaja melanggar lampu isyarat merah sebanyak 49 kali. Sewa Kereta Bekas Teman Lelaki Dan Langgar Lampu Isyarat Berkali-kali Untuk Balas Dendam Kerana DitinggalkanTujuannya adalah untuk membuatkan bekas teman lelaki Lou iaitu Qian marah dan dikenakan tindakan denda atau saman.

 

Wlaaubagaimanapun tindakan mereka itu membuatkan pihak polis melakukan siasatan. Hasil siasatan polis, mereka mengetahui kereta itu milik Qian dan disewa oleh Chen. Selain daripada melanggar lampu isyarat merah, mereka juga didapati memandu melebihi had laju.

Sewa Kereta Bekas Teman Lelaki Dan Langgar Lampu Isyarat Berkali-kali Untuk Balas Dendam Kerana Ditinggalkan

Akhirnya perbuatan mereka terbongkar dan menurut Chen, dia disuruh oleh Zhu untuk menyewa kereta tersebut. Manakala Zhu pula mengakui berpakat dengan Lou untuk membalas dendam kepada bekas teman lelakinya.

Zhu mendedahkan dia bersetuju untuk membantu Lou mengenakan bekas teman lelakinya kerana Lou berjanji akan keluar bersamanya jika rancangan mereka berjaya.

Facebook Comments Box