NANGTIME

Siap Bersongket, Pengantin India Bersanding Ikut Adat Melayu Dan Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Siap Bersongket, Pengantin India Bersanding Ikut Adat Melayu Sampai Diiktiraf Malaysia Book Of Record. Malaysia sememangnya negara yang dipupuk sejak dari dahulu untuk hidup dalam penuh perpaduan dan kemakmuran. Walaupun sejak kebelakangan ini ada sesetengah pihak yang cuba menggangu-gugat kemajmukan yang sedia ada, namun ia masih teguh digenggam rakyat Malaysia.nangtime.com - Siap Bersongket, Pengantin India Bersanding Ikut Adat Melayu Sampai Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Oleh itu, menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada Facebook, satu pasangan berbangsa India memilih untuk bersanding dalam persalinan songket bertemakan adat Melayu di Pulau Pinang.

Diiktiraf Malaysia Book Of RecordRemaathi Palani dan pasangannya Thanaseelan juga telah berjaya diikthiraf Malaysia Book Of Record kerana memakai baju perkahwinan dengan reben sepanjang 407.75 Meter.

Makanan & tema semua ikut konsep Melayu
Bukan sahaja berbusana Melayu, pasangan ini turut menghidangkan makanan lauk-pauk Melayu untuk dijamah oleh para hadiri yang hadir ke majlis mereka.

90% peratus majlis berkonsepkan Melayu
Gambar-gamabar perkahwinan mereka juga telah dimuat naik oleh Penang Kini dan mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet semua.

 

Rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen menghargai semangat perpaduan yang diterapkan tersebut serta mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

Mereka juga berharap agar hubungan baik yang mencerminkan perpaduan antara kaum mampu terus disemai dan dipanjangkan hingga keakhirnya.

Tahniah selamat pengantin baru

Perkahwinan bertemakan Muhibbah

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu buat pasangan ini!

Sumber : Penang Kini, Remaathi Palani

Facebook Comments Box

Exit mobile version