Sijil Nikah Tak Daftar Lagi, Wanita Dicerai Talak Tiga Hanya Selepas Dua Minggu Kahwin

Sesiapa pun yang melangkah ke alam perkahwinan semestinya mahukan perhubungan dan kehidupan yang bahagia bersama pasangan masing-masing. Tidak ada orang yang mahu kahwin jika tiada ada keinginan untuk hidup bersama pasangan mereka.nangtime.com -  Sijil Nikah Tak Daftar Lagi, Wanita Dicerai Talak Tiga Hanya Selepas Dua Minggu Kahwin

Tidak ada orang yang baru kahwin berniat untuk memutuskan perhubungan mereka namun tular baru-baru ini mengenai seorang wanita yang diceraikan suami hanya selepas dua minggu kahwin.

Wanita malang itu diceraikan oleh suami yang baru dikahwininya selama dua minggu dengan talak tiga.

nangtime.com -  Sijil Nikah Tak Daftar Lagi, Wanita Dicerai Talak Tiga Hanya Selepas Dua Minggu Kahwin

Menerusi beberapa video pendek yang dimuat naik di TikTok, Dekjaa Erniza memaklumkan selepas bertahun mengenali antara satu sama lain, dia dan suami membuat keputusan untuk berumah tangga dan pada pada 25 Mac 2021 yang lalu pasangan ini selamat diijabkabulkan.

Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila kebahagiaan yang dibina dipercayai hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja sebelum si suami dikatakan membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya.

nangtime.com -  Sijil Nikah Tak Daftar Lagi, Wanita Dicerai Talak Tiga Hanya Selepas Dua Minggu Kahwin

Lebih mengejutkan wanita ini mendakwa dia telah diceraikan dengan talak tiga.

Inai merah lagi, sijil nikah belum daftar lagi. Baru dua minggu awak halalkan saya, awak dah buat keputusan tinggalkan saya. Saya redha, terima kasih beri saya peluang jadi isteri awak selama dua minggu ini.

VIDEO:

Dalam kesempatan itu, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya sebagai isteri meskipun untuk tempoh yang singkat.

nangtime.com -  Sijil Nikah Tak Daftar Lagi, Wanita Dicerai Talak Tiga Hanya Selepas Dua Minggu Kahwin

Semoga wanita ini diberikan ketabahan menghadapi dugaan dalam hidupnya.

Sumber: Dekjaa Erniza

Facebook Comments Box