Siling Rumah Runtuh Bersama Ular Besar Yang Agresif, Berkali-kali Cuba Menyerang Penemunya

Kes ular menceroboh masuk ke rumah sudah seringkali disiarkan di media-media sosial dan setiap kali membaca mengenainya, pada masa itu jugalah mesti akan timbul rasa takut dan was-was dengan keselamatan di rumah sendiri.Siling Rumah Runtuh Bersama Ular Besar Yang Agresif, Berkali-kali Cuba Menyerang Penemunya - nangtime.com

Ini kerana di dalam dan luar rumah terdapat banyak tempat yang berpotensi menjadi tempat persembunyian ular seperti di celah-celah almari, dalam pendawa dingin, di tandas mahupun dalam kereta. Namun berita yang tular baru-baru ini mungkin yang paling menggerunkan sekali.

Seorang lelaki yang sedang membongkar satu sudut siling dalam sebuah rumah telah menemui seekor ular yang besar. Dia kemudian cuba menarik ekor ular itu yang terdedah namun kemudiannya siling rumah rumahnya turut runtuh bersama-sama dengan ular tersebut.Siling Rumah Runtuh Bersama Ular Besar Yang Agresif, Berkali-kali Cuba Menyerang Penemunya - nangtime.com

Apa yang terjadi selepas itu lebih menakutkan apabila ular itu bertindak agresif dan cuba menyerang lelaki itu berkali-kali. Walaubagaimanapun, lelaki ini kekal tenang dan tidak takut dengan ancaman ular tersebut, malah dia berusaha untuk menangkap ular tersebut.

Ular itu kemudiannya jatuh ke lantai dan saat itu juga lelaki ini berjaya menangkap ular tersebut.

Siling Rumah Runtuh Bersama Ular Besar Yang Agresif, Berkali-kali Cuba Menyerang Penemunya - nangtime.com

Meskipun dia kemungkinan cedera atau keselamatannya terancam, tetapi inilah kerja yang dilakukan oleh lelaki ini setiap hari sebagai penangkap dan penyelamat haiwan.

VIDEO:

Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi pihak berkuasa jika mengetahui ada kehadiran ular atau mana-mana haiwan berbahaya yang menceroboh masuk ke kawasan rumah.

Dan jangan memandai untuk mengambil tindakan untuk menangkap haiwan-haiwan ini kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan keluarga.

Kredit video: Daily Mail

Facebook Comments Box