Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seekor spesies ‘rare’ ular berkepala dua yang ditemui di Afrika Selatan.
Ular berkepala dua itu ditemui oleh seorang lelaki di kawasan rumahnya yang terletak di Ndwedwe, utara Durban. Ular itu kini berada dalam jagaan pakar selepas diserahkan oleh lelaki yang menemuinya.
“Lelaki berkenaan tidak mahu haiwan terbabit dicederakan sesiapa sebelum memasukkannya dalam botol dan meminta saya membawanya.
Menurut Nick Evans yang merupakan seorang pakar penyelamat ular, ular berkepala dua itu berasal dari spesies yang tidak berbahaya kepada manusia.
“Apa yang menjadi perhatian saya adalah apabila melihat cara haiwan berkenaan bergerak antara satu sama lain dan ada-kalanya akan bertindih antara satu sama lain bagi memastikannya boleh bergerak” katanya lagi.
Penemuan ular sepanjang 30 sentimeter itu dianggap satu penemuan yang aneh dan dipercayai umur ular itu masih muda.
Menurut Newsweek, haiwan yang dilahirkan dengan dua atau lebih kepala mempunyai keadaan dipanggil polycephaly, yang kebiasaannya lebih mudah ditemui pada reptilia berbanding mamalia.
Jangka hayat haiwan dengan keadaan seperti ini biasanya tidak selalu dapat hidup lama tetapi ianya juga bergantung kepada tahap di mana kedua-dua kepalanya terbelah.
Penemuan ular berkepala dua ini menjadi tular dengan pantas dan rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut, namun padamasa yang sama mereka juga bersyukur kerana ular tersebut beradadalam keadaan selamat.
Sumber: Nick Evans, Harian Metro