Suami Isteri Beli Motosikal Yamaha Berharga RM8742, Bayar Dengan 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling

Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi tumpuan netizen selepas klip video mereka membeli sebuah motosikal menggunakan 31 beg plastik berisi duit syiling tular di internet, lapor portal berita Suara.com kelmarin.Suami Isteri Beli Motosikal Yamaha Berharga RM8742, Bayar Dengan 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling

Totok Tri Bartonnanto dan isterinya, Hasnaini menggunakan duit syiling yang mereka kumpul untuk membeli motosikal Yamaha All New NMAX berharga 31 juta rupiah (RM8,742) di sebuah kedai di bandar Samarinda, dalam wilayah Kalimantan Timur.

Menurut Hasnaini, wang tersebut adalah tabungan oleh dia dan suami sejak beberapa tahun lepas.

“Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox di rumah kami.Suami Isteri Beli Motosikal Yamaha Berharga RM8742, Bayar Dengan 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling

 

Motosikal jenama Yamaha yang dibeli oleh pasangan suami isteri tersebut. – inibalikpapan.com

Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia dan suami memang sudah terbiasa mengumpul wang jika mahu membeli sesuatu dan tidak berasa pelik menggunakan duit syi­ling bagi membeli motosikal.

Suami Isteri Beli Motosikal Yamaha Berharga RM8742, Bayar Dengan 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling

“Selagi ada nilai, tiada salah­nya. Terima kasih kepada kakitangan kedai Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” ujarnya.

Sumber: Kosmo!

Facebook Comments Box