Suami Isteri Takut Separuh Mati, Buaya Besar Masuk Dalam Garaj, Namun Lain Jadi Bila Polis Sampai

Penampakan buaya bukanlah sesuatu yang kita biasa lihat di kawasan perumahan melainkan di kawasan berdekatan sungai atau kawasan perairan. Namun lain pula ceritanya di Florida, AS, di mana reptilia besar itu pernah dilihat di tempat-tempat paling tidak dijangka, dari padang golf hinggalah ke kolam renang.nangtime.com -Suami Isteri Takut Separuh Mati, Buaya Besar Masuk Dalam Garaj, Namun Lain Jadi Bila Polis Sampai

Oleh itu, apabila pejabat sheriff menerima panggilan mengenai penampakan buaya di sebuah garaj, mereka segera mengambil laporan itu dengan serius dan berharap untuk menemui reptilia berkenaan sebelum ia menimbulkan kekacauan.

Mark Texler adalah pegawai yang menjawab laporan tentang buaya di dalam sebuah garaj itu. Rekod menunjukkan bahawa seorang wanita menghubungi 911 untuk melaporkan bahawa suaminya sedang memindahkan kotak dari garaj mereka di luar pangsapuri apabila dia ternampak buaya itu.

Menurut wanita itu suaminya ternampak buaya itu terkunci di dalam garaj dan menegaskan bahawa buaya itu sangat besar.

nangtime.com -Suami Isteri Takut Separuh Mati, Buaya Besar Masuk Dalam Garaj, Namun Lain Jadi Bila Polis Sampai

Pegawai Trexler akhirnya sampai di kediaman wanita itu dan bersedia untuk menangkap buaya tersebut.

Dia masuk ke dalam garaj dan akhirnya berjaya menewaskan haiwan buas itu, namun buaya berwarna coklat itu sebenarnya hanyalah sebuah pelampung angin berbentuk buaya yang sangat realistik.

nangtime.com -Suami Isteri Takut Separuh Mati, Buaya Besar Masuk Dalam Garaj, Namun Lain Jadi Bila Polis Sampai
Pelampung ‘buaya’ rupanya

Kesilapan identiti itu ternyata membuat semua yang terlibat dalam situasi cemas itu rasa geli hati, malah netizen juga turut terhibur.

INFO:

Pejabat sheriff adalah jabatan polis tertentu. Sebuah jabatan polis perbandaran menyediakan perkhidmatan polis asas dalam had perbandaran yang mempekerjakannya. Pejabat sheriff pada dasarnya menyediakan perkhidmatan polis asas yang sama kepada bahagian daerah yang tidak diperbadankan.

Sumber HCL

Facebook Comments Box